Halaman

Khamis, Oktober 05, 2017

LEPAS KANTOI MENIPU, "GAMBAR PANAS" PULAK JADI MODAL!!!

Hahaha!!! Memang patut sangat la Ketua Armada ni digelarkan sebagai Budak Hingusan. Tak habis - habis lagi dia nak menjual diri dia dengan membuat dakwaan yang bukan - bukan.

Sebelum ini, Ketua Armada PPBM tu mendakwa dia pernah ditawarkan sogokan sebanyak RM 5 juta untuk meninggalkan parti. Tapi dia GAGAL tampil dengan bukti terhadap dakwaannya.

Kemudian bila ada pihak yang buat laporan kepada pihak Polis dan SPRM terhadap dakwaan yang dilakukan, mula la dia menggelupor tak tentu arah mencari alasan yang lain pulak.

Kali ini, dia cuba menagih simpati murahan dari kalangan rakyat dengan mendakwa KONONnya dia telah diugut menggunakan 'Gambar Sensitif' oleh pihak yang didakwa sebelum ini.

Malah, kata Si Budak Hingusan tu, ugutan yang diterima dengan menggunakan gambar tersebut juga turut membuatkan dia sampai tak tidur malam kerana ianya dianggap bersifat peribadi.

Tapi bila ditanya secara lanjut mengenai butiran 'Gambar Sensitif' seperti yang dinyatakan, tak nak pulak dia menjelaskannya. Sebaliknya, dia bagi alasan tak nak dedahkan semua benda.
“Saya tidak boleh dedahkan semua perkara, ia bukan ugutan bunuh atau ugutan pukul, lebih kepada isu peribadi untuk menggertak saya dan keluarga supaya tidak teruskan apa yang saya lakukan,” katanya.
Bahkan, ketika disoal mengenai butiran laporan yang dibuat kepada pihak Polis yang dilakukan semalam juga turut tidak didedahkan sewaktu sidang media yang telah diadakan semalam.

Soalnya, betul ke dia ada buat laporan Polis? Mana bukti kata dia ada buat laporan tersebut? Kot kalau selama hari ini, bangga sangat dia berdiri depan pejabat Polis selepas laporan dibuat.

Kan nampak sangat alasan yang diberikan oleh Ketua Armada PPBM tu sama macam perangai Budak Hingusan? Dia nak mendedahkan sesuatu, tapi bila didesak, tak nak pulak dia dedahkan.

Itu menunjukkan yang Si Budak Hingusan tu hanya sekadar nak mencari Publisiti Murahan dan menagih simpati dari kalangan rakyat semata - mata. Sebenarnya, buang masa je layan Budak Hingusan yang baru Aqil Baligh ni. Tak mendatangkan faedah lansung!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.