Huh! Harap cakap je la Si Mat Sabu ni. Tapi hakikatnya, dia satu habuk pun tak guna. Hari tu cakap dia boleh menang kat mana - mana tempat dia bertanding. Alih - alih, dia yang takde kerusi lagi.
Kalau bercakap hari tu bukan main hebat lagi. Si Mat Sabu ni kata dia boleh menang dimana - mana kawasan yang ditetapkan oleh parti. Waima dia bertanding di Pekan sekali pun.
Tapi dalam kenyataan yang dibuat semalam, Si Mat Sabu tu sendiri mengesahkan bahawa dia masih belum ada sebarang kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Kata Si Mat Sabu, Jawatankuasa Pilihan Raya PAN masih belum membuat sebarang keputusan untuk menetapkan dikawasan mana dia akan bertanding dalam PRU ke -14 kelak.
"Terserah kepada jawatankuasa (pilihan raya parti), mungkin sama ada di Kedah, Selangor.. mungkin di Pulau Pinang," katanya ringkas.
Dalam erti kata mudahnya, kepimpinan PAN sendiri pun masih GAGAL menemui kawasan yang selamat buat Presiden parti mereka itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Jika sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa Si Mat Sabu tu bakal menggantikan Khalid Samad di Shah Alam sementara Ahli Parlimen Shah Alam itu akan berpindah ke Johor.
Tapi kalau Si Mat Sabu tu bertanding di Shah Alam sekali pun, belum tentu dia akan menang memandangkan PAS Selangor berikrar akan merampas kembali kerusi tersebut daripada PAN.
Malah PAS Selangor dalam satu kenyataan semalam juga turut menganggap Si Mat Sabu tu sebagai bukan saingan kepada mereka dan turut melabelkan Presiden PAN itu sebagai "Ayam Daging".
"Mat Sabu di mana-mana tempat beliau bertanding pun akan kalah, beliau tidak ada taring. Mat Sabu bukan ayam kampung, sebaliknya sudah jadi ayam daging. Mat Sabu bukan ancaman kepada PAS Shah Alam mahupun PAS Selangor," tegasnya.
Sebagai rekod, Si Mat Sabu ni penah KALAH TIGA KALI BERTURUT - TURUT dalam Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini walaupun dia bertanding dikawasan yang dianggap sebagai Kubu Kuat PAS sewaktu dia bersama - sama dengan parti itu!!!
3 Kali kalah pilihanraya, 1 kali kalah timbalan president. Bila kalah Pemilihan parti, keluar parti buat parti baru. pru-14 kalah lagi janganlah pula keluar negara buat negara baru di Antartika.
BalasPadamPadan muka dia baru dia tahu orang suka ka tak suka cuma jadi balaci dapigs cucuk hidung sana sini.
BalasPadamOrg dah tahu perangai buruknya. Kan pernah kena tangkap khalwat dgn bini orang satu masa dulu...siapa nak percaya lgi.
BalasPadam