Halaman

Isnin, Oktober 09, 2017

MAHFUS TAMPIL PERLEKEHKAN HIMPUNAN PAS!!!

Agak lama juga Si Mahfuz Bean ni tak muncul dengan komen - komen bertaraf budak sekolah tadika seperti mana yang biasa dilakukan sebelum ini. Mungkin kali ini dia tampil atas desakan DAPigs kot.

Sebab kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean ni seolah - olah membaca skrip yang disediakan oleh DAPigs untuk menyerang PAS yang dianggap sebagai "Musuh Utama" secara terbuka.

Mungkin DAPigs tidak dapat mencari jalan untuk memperlekehkan Himpunan Fastaqim 2.0 anjuran PAS baru - baru ini yang dihadiri ribuan penyokong - penyokong parti itu di Terengganu.

Mungkin atas dasar itu, DAPigs mempergunakan Si Mahfuz Bean ni untuk menyerang PAS secara terbuka dengan membuat dakwaan kononnya himpunan itu tidak memberi sebarang impak.

Malah Si Mahfuz Bean tu juga turut menggambarkan perhimpunan anjuran parti yang menjadikan dia sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebagai satu tindakan yang 'Syok Sendiri'.
"Di Terengganu itu saya tidak melihat ia gelombang yang dikatakan Gagasan Sejahtera tetapi lebih kepada program PAS bukan program Gagasan Sejahtera. Ia adalah program tahunan PAS dan program semasa parti PAS.
"Saya tidak pernah terpukau dengan kehadiran himpunan ramai sebab daripada dulu himpunan PAS memang ramai tetapi jumlah undi yang diperolehi PAS tidak mencukupi untuk menang dengan jumlah kerusi yang lebih besar.
"Sebab itu saya tidak nampak ada satu gelombang sebenar melainkan gelombang itu tidak pergi jauh kepada gelombang rakyat menyokong PAS atau mendokong Gagasan Sejahtera," katanya," katanya kepada Antarapos.
IRONIKnya, bila puak Pakatan Haprak yang diketuai oleh DAPigs tu buat perhimpunan Bersih sebelum ini, tidak pulak Si Mahfuz Bean tu anggap ianya sebagai satu kerja yang sia - sia?

Masa tu, tidak pulak Si Mahfuz Bean tu dakwa perhimpunan anjuran Pakatan yang didominasikan oleh DAPigs itu sebagai 'Syok Sendiri' sedangkan Pakatan juga tidak mendapat undi dari rakyat.

Dah berapa kali puak Pakatan Haprak tu buat perhimpunan sedemikian sebelum ini namun masih lagi GAGAL meyakinkan rakyat untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada mereka.

Pokok pangkalnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean ni tidak dibuat atas dasar realiti. Sebaliknya, kenyataan itu dikeluarkan kerana kebencian Mahfuz Bean terhadap PAS yang enggan tunduk kepada kehendak DAPigs selaku 'Abang Besar' dalam Pakatan!!!

1 ulasan:

  1. Mahfuz sekadar nak tunjuk dia meroyan sakan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.