Tanggungjawab? Azmin tidak ada masa nak cari apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'Tanggungjawab' itu. Kalau betul dia ada tanggungjawab, takkan semua orang pertikaikan dia.
Sedangkan sebelum ini pun, Si Azmin tu didakwa tidak mempunyai masa untuk melayan kerenah SPRM yang mahu pentadbiran Rejim Pakatan Selangor melafazkan Ikrar Bebas Rasuah.
Dan sekiranya Si Azmin tu benar - benar seorang pemimpin yang bertanggungjawab, takkan mungkin Si Rafizi tu boleh tampil membuat dakwaan wujudnya gejala Rasuah Betina dalam pentadbirannya.
Maka, sudah jelas bahawa amalan Politik Longkang yang menjadi kebiasaan Si Azmin ni tidak mengenal erti 'Tanggungjawab' seperti mana yang dibangkitkan oleh penganalisis Politik ni.
Katanya, Si Menteri Besar Selangor tu sepatutnya lebih bertanggungjawab bersabit penganjuran pesta arak di negeri itu dan bukannya menolak tanggungjawabnya kepada pihak lain.
"Bila ketua polis negara berkata memang ada ancaman keselamatan terhadap majlis itu, maka jangan bagi kelulusan. Apa nak takut? Kenapa takut sangat dengan Teng Chang Kim (Exco Selangor).
"Trend di negara-negara luar menunjukkan bahawa ancaman keselamatan itu memang wujud. Tapi kita lihat pemimpin PH sengaja meniup api kemarahan bukan islam kepada kerajaan," kata Penganalisis politik, Dr Kamarul Azman Yusoff.
Sekiranya benar Si Azmin Ali tu seorang pemimpin yang bertanggungjawab, maka sudah pasti dia tidak akan menampilkan sikap RETORIK berhubung isu pesta arak itu di Selangor sebelum ini.
Bahkan kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu juga sering berbelit - belit dan mengelirukan. Sekejap kata boleh bagi lesen. Lepas tu dia dakwa media putar belit kenyataan. Sekarang lain pula pendiriannya.
Namun hakikatnya, Si Azmin Ali ni hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri dan cuba bermain dengan sentimen dikalangan rakyat agar membenci Kerajaan BN. Maka sebab itulah dia sepatutnya MELONGKANGKAN dirinya sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.