Halaman

Selasa, Oktober 17, 2017

MB PAHANG TERIMA PANGKAT BOMBA!!!

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi penghargaan kepada pemimpin di negeri ini dengan penganugerahan tanda pangkat kehormat kepada Menteri Besar; Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri; serta  Ahli Exco Kerajaan Negeri termasuk ex-officionya.

Ketua  Pengarah JBPM, Dato’ Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mendahului majlis penganugerahan dengan pemakaian tanda pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).

Manakala, Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta ex-officio – Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Shamsulbahri Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Indera Roslan Harun, menerima tanda pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
Dato' Sri DiRaja Adnan sendiri sedang mengangkut barangan keperluan, diserahkan kepada mereka yang sedia menunggu di padang SSP SMK Seberang Temerloh (Gambar Fail). 
Menurut Dato’ Wan Mohd Nor, penganugerahan ini dilakukan sebagai menghargai komitmen pihak Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap kejadian bencana di negeri ini.
“Pahang ialah negeri ketiga menerima tanda pangkat ini dan paling ramai yang turut  melibatkan (Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri dan) semua Ahli Exco Kerajaan Negeri.
“Sebelum ini, Perak dan Melaka sudah menerima tanda pangkat ini,” katanya kepada pemberita sepertimana dilaporkan oleh Sinar Harian, selepas Majlis Penganugerahan Tanda Pangkat Bomba tersebut pagi Isnin, 16 Oktober, di sini.
Dato’ Wan Mohd Nor juga turut menjelaskan, bencana seperti banjir dan kebakaran antara paling banyak melibatkan pemimpin - pemimpin negeri ini yang turun padang serta memberikan bantuan.

1 ulasan:

  1. stuju dgn yab Mntri Besar. prihTin kpda rkyat. Swajarnya smua mntri mntri dan ktua ktua mntri turun ke padang mmbantu rkyat yg mmerlukan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.