"Adakah isu berkaitan dengan jumlah peserta itu perlu diperbesarkan?" |
Itu diantara soalan yang diajukan oleh seorang sahabat apabila isu berkaitan dengan jumlah peserta yang hambar ketika perhimpunan anjuran Pakatan Haprak tu menjadi berita hangat.
Soal mereka, kenapa isu mengenai kehadiran itu beria - ia diulang didalam media sosial? Adakah ianya memberi sebarang kesan signifikan dari segi sokongan rakyat kepada Barisan Nasional?
Mungkin benar, jumlah kehadiran itu tidak memberi sebarang makna, tetapi setidak - tidaknya ia menolak keangkuhan dan kesombongan yang dipamerkan oleh puak Pakatan Haprak tu sendiri.
Kot selama hari ini puak Pakatan Haprak tu dengan penuh rasa bangga mendabik dada mendakwa kononnya seluruh rakyat Malaysia menyokong perjuangan mereka menentang Najib Tun Razak.
Tapi hakikatnya, sokongan itu ternyata GAGAL diterjemahkan oleh puak Pakatan Haprak tu dalam bentuk jumlah kehadiran peserta sewaktu perhimpunan tersebut diadakan baru - baru ini.
Seperti mana yang dijelaskan sebelum ini, banyak faktor yang menyebabkan jumlah kehadiran peserta itu berkurangan. Diantara punca utamanya ialah kerana PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan.
Pendirian PAS yang enggan menjalinkan semula kerjasama dengan gabungan pembangkang itu adalah disebabkan mereka sudah muak dipermainkan oleh parti dalam Pakatan Haprak tu sendiri.
Dan faktor yang paling jelas ialah mengenai pendirian penyokong serta sebilangan besar pemimpin Pakatan Haprak tu yang masih tidak dapat menerima kehadiran Tun Mahathir sebagai Teraju Utama.
Ramai dikalangan pemimpin serta ahli, terutamanya dari PKR dan DAPigs masih lagi tidak dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.
Malah isu - isu yang dibangkitkan oleh pemimpin Pakatan Haprak didalam ucapan disepanjang perhimpunan itu diadakan juga dianggap sudah basi kerana isu yang sama diulang - ulang semula.
Bahkan menurut kata seorang penganalisis Politik, isu yang diperjuangkan oleh puak Pakatan Haprak tu sudah terlalu tepu dan ianya tidak lagi dapat diterima oleh golongan muda.
Pokok pangkalnya, jumlah bilangan peserta itu bukan la satu isu yang besar. Sebaliknya, mesej yang cuba disampaikan ialah mengenai sokongan rakyat terhadap perhimpunan yang dianjurkan oleh puak Pakatan Haprak tu sendiri jelas tidak lagi mendapat sambutan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.