Halaman

Jumaat, Oktober 20, 2017

TIGA EXCO DAKWA BUDAK HINGUSAN "SYOK SENDIRI"???

Syok dengan jawatan sampai tak sedar jawatan yang disandang pada ketika ini hanya sekadar jawatan atas kertas semata - mata? Pun lagi dia nak bangga kononnya dia bijak dari orang lain?

Itu diantara pandangan yang diberikan apabila pendedahan dibuat oleh tiga orang bekas Exco Armada hari ini mendapat perhatian dikalangan rakyat. Nampak sangat Si Budak Hingusan tu syok sendiri.

Perkara itu didedahkan oleh tiga orang bekas Exco Armada apabila mereka membuat semakan dengan Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan dan mendapati sayap PPBM tu tidak wujud.

Mohamad Taufik Abbas berkata perkara itu hanya disedarinya ketika membuat semakan untuk memerika pemecatan dirinya dan beberapa exco yang lain yang hanya dilakukan menerusi Twitter.
"Ia tidak ada dalam perlembagaan parti. Ia berlaku selepas saya membuat carian rasmi di RoS untuk melihat kembali bagaimana hal pemecatan saya. 
"Namun saya terkejut apabila mengetahui Armada tidak wujud dalam perlembagaan. Dan hal ini saya kira adalah penipuan dan pemerdayaan kepada ahli-ahli dan anak muda yang percaya dengan perkara yang tidak ada," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Pejabat RoS, pagi tadi.
Taufik memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung hal itu semalam, dan laporan kepada RoS yang dilakukan pada hari ini turut melampirkan salinan laporan berkenaan.

Justeru Taufik mendakwa pemecatan yang dilakukan terhadap mereka pada Jun lalu adalah tidak sah kerana sayap berkenaan tidak wujud dan Si Budak Hingusan tu tidak layak untuk memecat mereka sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.