Krisis PPBM Perak nampaknya tidak akan berhenti, terbaharu dua lagi pemimpin akar umbi negeri melepaskan jawatan dipegang dengan seorang daripadanya turut mengumumkan keluar parti.
Secara tidak lansung, tindakan tersebut menambahkan lagi kemelut kepimpinan yang sedang hangat melanda itu pada ketika ini dan turut menjejaskan integriti parti itu sendiri.
Ketua Bahagian Parit, Rosli Ali memberitahu, beliau sudah menghantar surat peletakan jawatannya sementara ketua penaja Kuala Kangsar, Dul Hayati juga meletak jawatan tetapi kekal berada dalam parti tersebut.
Rosli mendakwa kira-kira 200 ahli dalam bahagiannya juga akan turut serta mengikut jejak yang sama dengan bertindak keluar dari parti pimpinan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir itu.
“Tidak ada kerjasama dan kami jarang bermesyuarat sehingga saya sendiri sebagai seorang ketua bahagian juga tidak tahu apa yang berlaku,” kata beliau dipetik dalam sidang media hari ini.
Kenyataan itu jelas membuktikan bahawa pucuk pimpinan PPBM itu meminggirkan ahli diperingkat bawahan dan hanya mengutamakan soal nak menjaga kepentingan Politik Peribadi individu tertentu sahaja.
Ini bukan kali pertama krisis kepimpinan melanda PPBM Perak, malah pada Mei lalu, lebih 1,000 anggota PPBM Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian PPBM Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob mengisytihar keluar parti.
Bulan lalu, pengasas PPBM yang juga Naib Presiden merangkap Ketua PPBM Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman juga turut mengumumkan langkah keluar daripada parti tersebut.
Alasan Kak Midah meninggalkan parti itu adalah kerana dia sudah muak dengan permainan Politik kebudak - budakan yang ditonjolkan oleh pemimpin parti, terutama Ketua Armada PPBM.
Malah, Kak Midah juga mendakwa dia kecewa dengan pucuk pimpinan parti yang seolah - olah merestui tindakan Ketua Armada PPBM menghina dan membuat tuduhan liar terhadap dirinya.
Terdahulu, Ketua Armada PPBM itu tampil menyebarkan dakwaan dan menuduh kononnya Kak Midah mendalangi usaha untuk memecah - belahkan parti dengan menjadi Agen kepada UMNO serta turut menerima habuan yang ditawarkan oleh individu tertentu!!!
PPBM(PARTI PENGKHIANAT BANGSA MELAYU)
BalasPadamya setuju.
Padammemang parti yg memecahbelahkan org mlyu. parti mlyu yg tunduk kpd dap... sama taraf dgn parti pan.. sama2 pengkhianat.
Semoga lebih ramai lgi yg keluar
BalasPadam