Khamis, Julai 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kemelut politik PKR di Selangor semakin keruh apabila peralihan kuasa Pengerusi PKR Negeri bertukar tangan.

Perihal ini berlaku apabila Kepimpinan Tertinggi PKR melantik Azmin Ali sebagai Pengerusi bagi menggantikan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebelum ini juga sudah wujud spekulasi yang mengatakan Azmin Ali tidak bertegur sapa dengan Menteri Besar Selangor itu. Apa sebabnya, Wallahualam.

Berita Nasional hari ini telah menemu-ramah beberapa ADUN Bebas bagi mendapatkan pandangan mereka. Kalau nak Interview Anwar sendiri nanti kena maki hamun pula.

YB Zulkifli Nordin mengatakan tindakan melucutkan jawatan Pengerusi PKR Negeri Selangor itu agak serupa dengan apa yang berlaku kepada DS Zaharin Hashim.

DS Zaharin sebelum ini juga merupakan Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang turut dilucutkan jawatan dan tidak lama kemudian diambil tindakan disiplin terhadapnya.

Melihat senario PKR ni, jelas menyatakan perjuangan dasar mereka hanya retorik semata - mata.

Sebelum ini, mereka sibuk menjaja slogan dari rakyat untuk rakyat. Malah dasar perjuangan mereka adalah demi keadilan rakyat.

Jadi, persoalan Semut agak mudah. Kenapa perlantikan ataupun pelucutan jawatan Pengerusi PKR Negeri tidak diberikan kepada ahli yang juga rakyat PKR?

Kalau cerita bab bubarkan DUN, wah! Bukan main lagi. Kembalikan hak rakyat la. Kerajaan tak mengamalkan demokrasi 100% la. Habis, kepimpinan dalam Parti bukan hak ahli ke?

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping