Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan

Rabu, Mac 04, 2020

Sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa kemelut Politik yang berlaku seminggu yang lalu mempunyai kaitan secara langsung dengan tindakan rakus DAPigs yang sememangnya Gila Kuasa. Perkara itu sudah diketahui umum.

Setakat yang kita tahu, DAPigs sering kali memberi desakan secara terbuka kepada Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri dan diserahkan kepada Anwar Ibrahim secepat yang mungkin. Kenapa beria sangat? Apa agenda sebenar mereka?

Jika semalam, ada pihak mendedahkan bahawa DAPigs tidak berpuas hati dengan tindakan Tun Mahathir yang dilihat cuba mendahului kroni dalam urusan berkaitan konsesi tol di Malaysia. Adakah 'Perang Kroni' ini menjadi agenda utama DAPigs?

Malah soalan yang paling membungkam dijiwa rakyat, kenapa DAPigs terdesak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri sehingga menyebabkan mereka memberi tekanan yang cukup besar kepada Tun Mahathir?

Menurut kajian yang dijalankan, DAPigs bukan sekadar mahu mengaut segala keuntungan dengan menjual aset Negara yang ada. Dalam masa yang sama mereka juga mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik dengan secepat yang mungkin.

Dikhabarkan bahawa DAPigs telah menyusun beberapa agenda bagi membolehkan mereka memenuhi hasrat tersebut sementara masih memegang tampuk kuasa di Putrajaya. Namun tembelang mereka itu dapat dihidu lebih awal.

Ia bukan satu "Kebetulan" Peguam Negara mahu menggugurkan kes berkaitan dengan kumpulan penyokong pengganas LTTE. Ia juga bukan "Kebetulan" Peguam Negara Boneka DAPigs itu mahu KDN mentafsir semula istilah "Pengganas".

Tapi ia merupakan salah satu agenda DAPigs agar dapat 'Membebaskan' kumpulan Komunis supaya tidak lagi dianggap sebagai "Pengganas". Itu tujuan sebenar DAPigs dan ia dilaksanakan oleh Peguam Negara.

Bahkan DAPigs sedang mengatur rancangan untuk menjadikan Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya sebagai sasaran utama bagi menambah jumlah bilang kerusi Parlimen yang mereka kuasai sebelum ini.

Ambil contoh, kawasan Parlimen Seputeh. DAPigs menang dengan majoriti yang cukup besar iaitu sebanyak 51 ribu undi. Maka kawasan itu boleh dipecahkan lagi bagi menambah jumlah bilangan kerusi sedia ada.

Misalnya setiap kawasan tersebut diagihkan sama rata, setidak - tidaknya DAPigs boleh menambah sebanyak 5 kerusi dalam satu Parlimen itu sahaja. Secara tidak langsung, ia akan turut menambah bilangan wakil mereka didalam Parlimen.

Jika perkara seperti ini berlaku, tidak mustahil sekiranya agenda DAPigs mahu menjadi pemerintah dan melaksanakan segala agenda Cauvanis mereka selama ini akan berjaya. Adakah itu yang rakyat khususnya dikalangan orang Melayu mahukan!!!

Rabu, Februari 12, 2020

KUCHING - Seorang pemimpin Sarawak PAS membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa Malaysia akan berada di zaman gelap jika parti Islam itu dan Umno menyertai kerajaan.

“Kita tidak perlu tunggu PAS (menjadi kerajaan persekutuan) untuk hidup dalam zaman gelap,” kata Ketua Penerangan PAS Sarawak, Zharudin Narudin kepada FMT.

“Rakyat sudah menderita di bawah kerajaan Pakatan Harapan, khasnya DAP. Sekarang lebih teruk daripada hidup dalam zaman gelap.”

Isnin lalu, Lim mengulas spekulasi PAS dan Umno mahu bersama PPBM membentuk pakatan baru dinamakan “Pakatan Nasional”.

Katanya, kerajaan yang dikuasai orang Melayu “akan membawa zaman gelap kepada Malaysia seperti di Kelantan” di mana pemimpinnya memandang rendah teknologi moden kecuali “kereta mewah Mercedes Benz”.

Zharudin berkata, PH gagal menunaikan janji pilihan raya mereka untuk mengembalikan 20% royalti minyak dan 50% hasil cukai yang dikutip dari Sarawak kepada negeri itu.

“Baru-baru ini, DAP menggesa kerajaan negeri memansuhkan cukai jualan negeri ke atas tayar import dan tayar dipasang pada kenderaan baru yang diimport ke Sarawak, tetapi ia gagal menangani kenaikan harga bawang merah import.”

Beliau berkata, kerajaan PH sepatutnya membandingkan senarai janji pilihan rayanya dengan janji yang dibuat PAS di Kelantan.

“Kemudian kita boleh lihat parti mana yang tidak menunaikan janjinya.”

Katanya, DAP tidak boleh bergabung dengan mana-mana parti politik di negara ini disebabkan “agenda bertentangan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat”.

Selasa, Jun 26, 2018

Ini yang diorang nak sangatkan? Yang selama ini diorang peluk cium DAPigs tu, ini hasil yang mereka perolehi. Tapi sekarang, pandai pulak diorang nak 'Kepala Bana' kan DAPigs?


Kalau sebelum ini, Pengerusi PPBM yang diagungkan oleh Macai Rejim Pakatan tu juga yang suruh diorang terima perjuangan DAPigs. Kononnya, dasar parti itu selama ini telah disalah tafsir.


Padahal dia yang sebelum ini pernah dilabelkan dengan gelaran Musuh Nombor Satu DAPigs juga yang melabelkan parti itu sebagai sebuah parti yang sarat dengan agenda Ultra Chauvinist.


Tapi, dek kerana rasa benci kepada Kerajaan BN yang tidak memberi muka kepada kroni - kroni dia membuatkan 'Manusia Suci' dalam PPBM itu berubah arah dan menyokong DAPigs.


Sekarang, bila dah dapat kuasa, dah berani melakukan apa sahaja yang mereka mahu, Ketua Rejim Pakatan Haprak tu masih lagi cuba nak pertahankan Menteri DAPigs yang telah melacurkan Bahasa Melayu.


Tinggal lagi, Macai PPBM diperingkat bawahan nampak gayanya mula menjadi tak tentu arah apabila Ketua Rejim Pakatan Haprak tu tidak mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya. Maka sebab itu mereka terpaksa meng-KEPALA BANA-kan DAPigs dalam blog sendiri!!!

Rabu, Mei 30, 2018


Kebodohan apakah yang hendak dibentangkan rakyat? Wayang apa lagi nak mereka pertontonkan kepada masyarakat secara umum dalam keadaan yang bercelaru tanpa arah tujuan ini?


Nampak gayanya, drama Politik Longkang yang dimainkan oleh Rejim Pakatan Haprak itu semakin bertambah menarik. Percanggahan demi percanggahan dapat dilihat muncul dengan jelas.


Jika sebelum ini, percanggahan itu dapat dilihat apabila Menteri DAPigs yang dilantik Rejim Pakatan itu sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri.


Menteri Kewangan bercanggah angka hutang Negara. Manakala Menteri Penerangan pula bercanggah pendapat berhubung status Akta Anti Berita Palsu. Sekarang cerita pasal HSR pulak.


Cuma kali ini, percanggahan itu berlaku tidak sampai sehari. Pagi Perdana Menteri kata keputusan untuk membatalkan projek HSR itu adalah muktamad. Petang Menteri pula menafikannya.


Malah penafian yang dibuat oleh Menteri itu juga turut mendapat kecaman dari pemimpin Singapura yang mengancam akan mengambil tindakan terhadap Rejim Pakatan yang baru itu.


IRONIKnya, dalam keadaan Negara yang didakwa berhutang sebanyak RM 1 Trillion tu pun puak Rejim Pakatan Haprak tu masih ada hati nak membatalkan projek HSR itu dan membayar pampasan sebanyak RM 500 juta? Yang ini cerdik datang dari celah mana pulak!!!
Terasa hairan juga apabila Ketua Komunikasi Majlis Punahsihat Rejim Pakatan Haprak tu menyerang Menteri Kewangan yang sarat dengan skandal penyelewengan rasuah ini secara terbuka.


Kenapa Lim Guan Eng itu diserang oleh salah seorang Punahsihat lantikan Perdana Menteri itu dengan labelkan sedemikian rupa? Adakah kerana tindakan Guan Eng telah memalukan PM?


Jika sebelum ini, salah seorang Punahsihat Rejim Pakatan itu tampil membuat kenyataan bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh. Tetapi kemudian Punahsihat itu pun hilang.


Kenyataan itu disusuli dengan pendedahan kononnya hutang yang ditanggung Negara pada ketika ini adalah sebanyak RM 1 Trillion menurut apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.


Tetapi kemudian, Guan Eng tampil dan mendakwa hutang Negara hanya sebanyak RM 686.8 billion sahaja. Kurang RM 400 billion dari apa yang didakwa oleh Perdana Menteri itu sendiri.


Perbedaan kedua - dua kenyataan itu secara umumnya membuatkan rakyat sendiri berada dalam keadaan kebinggungan. Yang mana satu yang betul ni? RM 1 Trillion atau RM 686.8 billion?


Kalau angka RM 1 Trillion tu sedap lagi la Macai Rejim Pakatan dengar sehingga menyebabkan mereka melancarkan 'Crowdfunding' dengan alasan nak 'Bantu Bayar Hutang Negara'.


Tapi kalau RM 686.8 billion, angka itu sama seperti yang telah dibentangkan oleh Kerajaan BN sebelum ini. Jadi, mana mungkin Macai Rejim Pakatan boleh menerimanya. Mungkinkah sebab itu Menteri Kewangan yang sarat dengan skandal rasuah itu dikecam oleh Punahsihat PM???

Selasa, Mei 29, 2018

Memang agak menghairankan juga apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS ini. Malah kenyataan yang dibuat dalam temubual semalam pun membangkitkan pelbagai persoalan.


Adakah PAS masih belum sedar dengan taktik Politik yang dimainkan oleh DAPigs sedangkan parti itu sendiri berpecah dari Pakatan kerana terasa seolah - olah mereka dipermainkan sebelum ini?


Apakah PAS tidak melihat tindakan DAPigs yang berdiam diri pada ketika ini dari menyentuh soal kedudukan Islam hanya sekadar wayang Politik parti itu untuk sembunyikan agenda sebenar mereka?


Kalau sebelum ini, DAPigs sanggup bersetuju dengan konsensus Pakatan, "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju" hanya semata - mata untuk memperbodohkan PAS. Perkara yang sama juga cuba dilakukan pada ketika ini.


Jika dilihat dari pendekatan yang dimainkan oleh DAPigs hari ini, memang mereka sedang melaksanakan taktik 'Baling Batu Sembunyi Tangan' bagi mengaburi mata rakyat, terutama dikalangan umat Islam.


Sekiranya DAPigs bersuara seperti mana yang menjadi kebiasaan mereka lakukan sebelum ini, sudah pasti hayat parti itu untuk merasa kuasa pemerintahan dalam Rejim Pakatan akan menjadi singkat.


Maka sebab itu DAPigs menggunakan NGO yang jelas memperjuangkan ideologi Liberalis sebagai suara bagi pihak mereka. Mereka menggunakan platform lain untuk mempertikaikan soal kedudukan Islam dan bangsa Melayu.


Seandainya PAS masih mahu bergabung dengan DAPigs hanya semata - mata kerana parti itu 'Mendiamkan Diri' bercakap mengenai Islam, itu hak mereka. Tapi jika satu hari nanti PAS sedar yang mereka telah dipermainkan oleh DAPigs, jangan meroyan tak tentu arah pulak!!!

Isnin, Mei 28, 2018

Kalau ikut perkiraan Macai Pakatan, dah tentu mereka akan melabelkan Veteran DAPigs sebagai seorang pemimpin tua yang meroyan kerana telah dipinggirkan oleh partinya sebelum ini.


Namun, Veteran DAPigs ini dipinggirkan pucuk pimpinan hanya kerana semata - mata dia bercakap benar dan tidak mahu bersekongkol dengan pembohongan yang disebarkan selama ini.


Manakala dari satu sudut pula, mungkin ada yang akan melabelkan kenyataan Veteran DAPigs sebagai alasan untuk memburukkan Rejim Pakatan dalam menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB.


Walaupun apa yang dikatakan itu benar, tetapi itulah persepsi yang diberikan oleh Pencacai Rejim Pakatan hari ini. Apa sahaja pertikaian yang dibangkitkan akan dipandang hina oleh mereka.


Kerana bagi Pencacai Rejim Pakatan, pucuk pimpinan mereka Maksum dan Suci. Mana mungkin pucuk pimpinan Rejim Pakatan itu boleh melakukan sebarang sebarang kesalahan dan dosa.


Pokok pangkalnya, kritikan yang disuarakan oleh Veteran DAPigs ini membuktikan bahawa pendekatan Rejim Pakatan hari ini adalah Kejam dan Zalim serta tidak beretika. Mereka bukan nak cari kebenaran. Sebaliknya nak membalas dendam Politik Peribadi semata - mata!!!

Sudah terang lagi bersuluh bahawa para pemimpin tertinggi PAS adalah bersikap anti-DAP, anti-PAN (parti Mat Sabu) dan untuk sekian lamanya anti-Mahathir. Pengikut PAS pun ramai yang berpendirian lebih kurang serupa.


Bagaimana pula Kit Siang boleh begitu bijak spin (memutar-belit) dan jadikan cerita bahawa undi popular 17 peratus untuk PAS digunakan untuk “prop up” Najib?


Nyata Kit Siang memandang serong akhlak orang PAS. Hakikatnya undi 17 peratus PAS itu tak lain dan tak bukan (adalah) undi anti-Harapan.


Undi pro-PAS (17%) campur undi pro-BN (34%) yang berjumlah 51 peratus itu bermaksud undi pro-Harapan (45%+) tidak mampu melepasi tahap majoriti mudah. (51% itu tidak condong menyokong Pakatan).


Lagipun ada sebanyak 123,246 pengundi yang memilih parti nyamuk biarpun calon - colon bebas. Mereka ini tidak condong kepada Harapan. (Belum termasuk undi rosak yang memang disengajakan).


Mengikut ukuran sahih, Pakatan Harapan hanya memenangi undi “plurality”, iaitu angka paling tinggi tetapi masih belum mencapai 50 peratus. Dalam kata lain, Harapan (hanya sekadar) mendapat majoriti relatif berbanding BN dan PAS.


(Petikan dari artikel asal yang ditulis oleh Helen Ang - Kejinya pengundi PAS di kaca mata Kit Siang)

Jumaat, Mei 25, 2018


"Jika anda melihat kepada prestasi pasaran saham, ia juga bergantung kepada pelbagai faktor. Kita juga dapat melihat pasaran serantau mempunyai kesan yang sama."


Demikian kenyataan Menteri Kewangan yang masih lagi sarat dengan skandal penyelewengan kuasa dan masih ada kes rasuah sedang dibicarakan dimahkamah pada ketika ini.


Ironiknya, kenyataan seumpama itu pernah menerima kecaman dari kalangan pemimpin serta pengikut - pengikut setia Rejim Pakatan hari ini. Tapi sekarang, diorang pulak guna alasan yang sama.


Cuba bayangkan jika Menteri dari Barisan Nasional yang keluarkan kenyataan sedemikian. Sudah pasti pemimpin - pemimpin Pakatan serta penyokong mereka akan mengecamnya secara habis - habisan.


Keadaan itu sama seperti mana ketika dijelaskan mengenai isu kenaikkan kos sara hidup sebelum ini. Rata - rata pengikut setia Rejim Pakatan itu mendakwa ianya hanya mainan Politik semata - mata.


Walhal, kenaikkan itu berdasarkan kepada faktor yang berlaku secara serantau. Bukan di Malaysia sahaja yang mengalami isu kenaikkan kos sara hidup. Bahkan seluruh dunia pun berlaku perkara yang sama.


Maka tidak salah jika kenyataan Menteri Kewangan DAPigs ini boleh dianggap sebagai alasan bertaraf Longkang hanya semata - mata untuk menutup kelemahan Rejim Pakatan menguruskan persepsi pelabur asing terhadap keadaan ekonomi Negara pada ketika ini!!!

Apa perlunya seorang Menteri cuba mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan hakikatnya rakyat hari ini sememangnya sudah terdedah kepada maklumat yang berada dihujung jari mereka?


Adakah Menteri tu ingat rakyat Malaysia ni semuanya bodoh dan mudah untuk ditipu dengan kenyataan sedemikian rupa hanya semata - mata untuk menutup kezaliman yang dilakukan?


Apakah Menteri tu ingat rakyat Malaysia tidak tahu bahawa sebahagian daripada kakitangan SPAD itu sememangnya bertugas dibawah JPJ yang selama ini telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya tersebut?


Apakah Menteri itu ingat dengan kenyataan sedemikian mampu mengubah persepsi terhadap kezaliman Rejim Pakatan ke atas rakyat yang kebanyakkannya terdiri dari kalangan orang Melayu itu?


Apa yang pasti, rakyat di Malaysia ni bukannya seperti Katak dibawah kolong yang boleh diperlekehkan sedemikian rupa. Jangan anggap rakyat di Malaysia ini mudah diperbodohkan dengan mainan Politik Longkang yang menjadi kebiasaan Menteri sebelum ini!!!

Selasa, Mei 22, 2018

Jika sebelum ini, jelas kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir selaku Perdana Menteri telah dinafikan secara terbuka oleh Lim Guan Eng berhubung isu pemansuhan GST pada 1 Jun 2018.


Guan Eng dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini mendakwa spekulasi berhubung pemansuhan sistem cukai tersebut adalah palsu dan Rejim Pakatan belum bersedia untuk memansuhkannya.


Kini tiba giliran anak lelaki mendiang Karpal Singh pula menunjukkan belang DAPigs apabila secara terbuka menolak saranan yang dibuat oleh Tun Mahathir berhubung Akta Anti Berita Palsu.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Tun Mahathir mendakwa perlaksanaan Akta tersebut akan dikaji semula takrifan 'Berita Palsu' dan ianya tidak dimansuhkan begitu sahaja.


Namun, sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Komunikasi, Multimedia dan bla bla bla, anak lelaki mendiang Karpal Singh itu buat pengumuman lain.


Katanya, Akta Anti Berita Palsu itu tetap akan dihapuskan dengan alasan kononnya Rejim Pakatan Haprak tu nak memberikan hak kebebasan bersuara kepada rakyat secara menyeluruh.


Persoalannya, adakan ini satu bentuk penentangan terbuka yang dilakukan oleh pemimpin DAPigs bagi membuktikan bahawa mereka lebih berkuasa dan pada bila - bila masa mereka boleh menafikan arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri begitu sahaja???

Isnin, Mei 21, 2018

Adakah benar Rejim Pakatan yang baru itu mahu menegakkan 'Rule of Law' seperti yang didakwa? Adakah mereka akan menghormati Kedaulatan Undang - Undang sedia ada di Malaysia?


Pengumuman mengenai perlantikan Ketua SPRM yang baru juga menimbulkan persoalan. Malah lantikan Peguam Negara (AG) baru turut memungkinkan kes Guan Eng digugurkan kelak.


Hari ini, mahkamah membenarkan penangguhan perbicaraan salah laku jenayah penyelewengan kuasa dan rasuah yang melibatkan Setiausaha DAPigs itu untuk dibuat semakan semula.


Namun spekulasi dikalangan rakyat, kemungkinan besar kes rasuah rumah mewah Terlajak Murah yang melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dengan ahli perniagaan itu akan digugurkan.


Makanya, rakyat sudah pasti akan memerhati sejauh mana ketelusan dan kejujuran Rejim Pakatan baru ini dalam soal menegakkan kedaulatan undang - undang atau adakah itu semua hanya sekadar Retorik Politik Longkang mereka semata - mata???

Ahad, Mei 20, 2018

Secara umumnya, ramai yang mengetahui bahawa Ahli Parlimen Bentong ini sedang menghadapi kes saman fitnah yang difailkan oleh syarikat Lynas. Dan keputusan kes itu masih lagi tertangguh.


Rakyat sedang melihat, sejauh mana Rejim Pakatan yang baru ini mahu menegakkan undang - undang berlandaskan "Rule of Law" seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini.


Jika dilihat dari apa yang berlaku sejak dua tiga hari lepas, seolah - olah 'Rule of Law' yang disebut - sebut itu hanya sekadar dibibir sahaja. Terlalu banyak pelanggaran undang - undang sedang berlaku.


Sebagai contoh, kenapa secara tiba - tiba LTAT menarik semula saman fitnah yang telah difailkan sebelum ini terhadap Rafizi sedangkan kes tersebut masih lagi dalam proses perbicaraan? 


Adakah wujud unsur 'Tangan Ghaib' disebalik penguguran kes tersebut oleh mana - mana pihak bagi memberi ruang kepada Rafizi untuk terus menutup mulutnya dari mengkritik Rejim pemerintah yang baru?


Maka diatas persoalan itu timbulnya rasa skeptikal terhadap tuntutan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bentong ini agar diwujudkan satu Suruhanjaya untuk mengambil tindakan terhadap Lynas.


Pendapat secara umum menyatakan bahawa kemungkinan desakan itu dibuat untuk memberi tekanan kepada Lynas agar menarik balik saman yang telah difailkan sebelum ini. Persoalannya, adakah itu tujuan tuntutan itu dibuat??? 

#SekadarBertanya

Selasa, Mei 15, 2018

Itu menjadi satu persoalan dikalangan rakyat. Kenapa sehingga ke hari ini Kabinet Rejim Pakatan itu masih belum ditubuhkan sepenuhnya? Kenapa ianya memakan masa yang lama?


Tambah mengelirukan ialah mengenai perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Ianya turut menjadi satu tanda tanya besar kerana masih belum ada sebarang pengesahan.


Jika sebelum ini, Perdana Menteri mendakwa Guan Eng hanya dicalonkan ke jawatan tersebut, tetapi dia masih belum mengangkat sumpah dihadapan Yang DiPertuan Agong lagi.


Alasannya, Guan Eng masih ada kes yang sedang dibicarakan dimahkamah. Maka dia perlu membuktikan yang dia tidak bersalah. Sehingga itu, jawatan sebagai Menteri Kewangan itu hanya atas nama sahaja.


Seandainya perkara itu dilihat dari satu sudut, seolah - olah memberikan gambaran bahawa pihak Rejim Pakatan cuba masuk campur urusan kehakiman dengan memberikan tekanan sedemikian.


Malah persoalannya, adakah Rejim Pakatan itu mengalami ketandusan calon pemimpin yang layak untuk mengisi jawatan selaku Menteri Kewangan sehingga terpaksa juga lantik Guan Eng?


Secara logiknya, Rejim Pakatan tu boleh melantik orang lain sementara menunggu kes Guan Eng selesai dimahkamah. Sekiranya dia didapati tidak bersalah, Rejim Pakatan tu boleh buat rombakan.


Tetapi nampak gayanya Rejim Pakatan itu tetap berkeras untuk melantik Guan Eng. Ada sebab tertentu ke kenapa Rejim Pakatan tu WAJIB melantik Guan Eng sebagai Menteri Kewangan? Ada agenda tertentu ke yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum???

Isnin, Mei 14, 2018

Sekiranya benar Rejim Pakatan Baru mahu terus menegakkan Undang - Undang mengikut prosedur 'Rule Of Law', maka kemungkinan besar Bentong akan menghadapi Pilihan Raya Kecil.


Ianya berikutan kes saman fitnah yang difailkan oleh syarikat Lynas terhadap Ahli Parlimen Bentong, Wong Tak sebelum ini masih lagi menunggu keputusan daripada mahkamah pada ketika ini.


Jika menurut fakta kes, Ahli Parlimen Bentong itu kemungkinan besar akan dijatuhkan hukuman bersalah kerana telah membuat ugutan jenayah terhadap kilang syarikat tersebut pada tahun 2014.


Antara lain, Ketua Aktivis Gerakan Hijau itu mengugut untuk membakar kilang tersebut dan turut mengadakan siri demonstrasi secara terbuka dihadapan kilang milik syarikat Lynas.


Laporan terkini bertarikh 25 Februari 2018 mengesahkan bahawa kes saman itu masih lagi diteruskan dan mendakwa bahawa Ahli Parlimen Bentong itu kemungkinan besar tidak dapat bertanding.


Namun, disebabkan keputusan mahkamah masih belum diputuskan, maka Ketua Gerakan Himpunan Hijau itu bertanding bagi kali kedua menggunakan logo PKR dan menewaskan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Bentong.


Maka persoalannya, adakah Rejim Pakatan yang baru ini benar - benar menghormati undang - undang? Atau mereka juga akan melakukan apa yang pernah didakwa terhadap Barisan Nasional sebelum ini dengan mencampuri urusan Kehakiman Negara???

Jumaat, Mei 11, 2018

Jika dilihat semula perjanjian yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuantan terhadap penduduk dikawasan tersebut sebelum ini, maka sudah pasti perkara itu akan ditunaikan seberapa segera.


Ahli Parlimen Kuantan serta Ahli Parlimen Bentong yang baru pernah berjanji secara terbuka untuk menutup kilang yang didakwa mengeluarkan bahan radiasi itu sekiranya Pakatan berkuasa.


Perkara itu telah menjadi sebahagian daripada bahan jajaan kempen yang digerakkan oleh kedua - dua Ahli Parlimen tersebut melalui gerakan Hijau yang dilaksanakan sebelum ini.


Kini, Pakatan sudah berjaya merampas Putrajaya dan membentuk Rejim yang baru. Maka persoalannya, adakah kedua - dua Ahli Parlimen itu akan menunaikan janji yang telah mereka buat?


Adakah kilang kontroversi yang telah menyebabkan rakyat di Kuantan berpecah belah itu akan ditutup seperti mana yang telah dijanjikan oleh kedua - dua Ahli Parlimen itu sebelum ini?


Apa yang pasti, rakyat sudah tentu akan menunggu tindakan selanjutnya. Nak pulak apabila Ahli Parlimen Bentong itu masih ada kes saman fitnah yang difailkan dimahkamah oleh syarikat tersebut. Adakah Rejim Pakatan itu berani mengambil tindakan sedemikian???

Selasa, Mei 08, 2018

Usaha puak Pakatan Haprak yang diketuai oleh DAPigs untuk menghasut rakyat nampak gayanya tidak kesampaian apabila meeka GAGAL menjawab persoalan dari rakyat secara terbuka.


Maka sebab itu dalam mana - mana ceramah yang mereka adakan, hanya isu basi sahaja yang dikitar semula. Tiada sebarang isu yang boleh mereka banggakan mengenai wakil mereka sebelum ini.


Bila ditanya, apa sumbangan wakil DAPigs yang menjadi pemimpin selama 5 tahun terdahulu, puak DAPigs itu hanya terdiam. Mereka tidak dapat memberikan jawab dengan jelas.


5 tahun wakil DAPigs tidak menjalankan tugas mereka selaku ADUN mahupun Ahli Parlimen. Alasan yang biasa digunakan, mereka tidak mempunyai kuasa untuk membantu rakyat.


Wakil DAPigs ini hanya membuat dakwaan kononnya mereka bukan Kerajaan. Maka sebab itu mereka kata mereka tidak dapat membantu sedangkan alasan itu hanya sekadar RETORIK semata - mata.


Selama 5 tahun, wakil DAPigs ini lebih banyak menghabiskan masa diluar, berpolitik tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat secara keseluruhan. Mereka hanya tahu nak menyalahkan orang lain.


Maka sudah cukup lah 5 tahun wakil DAPigs ini menipu rakyat dengan alasan sedemikian rupa. Cukup la 5 tahun mereka memomokkan rakyat dengan tuduhan fitnah yang tidak berasas. Rakyat mahu wakil yang boleh menjaga kebajikan, bukannya wakil yang pandai MENIPU!!!
Orang Cina yang menyokong DAPigs dah mula hilang kepercayaan apabila diajak menyokong Tun Mahathir yang berusia 93 tahun itu bagi diangkat semula untuk menjadi Perdana Menteri ke-7.


Tujuannya tidak lain bagi menjaga hati orang Melayu dan tentunya motif utama DAPigs untuk memecahkan undi orang Melayu di luar bandar serta mengelirukan mereka secara terbuka.


Sedangkan Tun Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dan Pengerusi Pakatan Haprak itu  bukanlah merupakan pemimpin yang mempunyai kuasa mutlak dalam gabungan pembangkang.


Sebaliknya Mahathir hanya diperkudakan parti Chauvinist DAPigs yang sanggup menggugurkan simbol 'Roket' untuk mengaburi mata pengundi terutama dikalangan orang Melayu.


Sudah terang lagi bersuluh, pemimpin pembangkang sendiri dengan jelas menyebut nama bekas Perdana Menteri itu di pentas - pentas cera­mah bahawa Tun Mahathir hanya dipergunakan untuk meraih undi Melayu.


Perkara itu jelas apabila Lim Guan Eng telah pun berjanji kepada tiga orang pemimpin DAPigs akan dilantik sebagai menteri yang secara tidak langsung menunjukkan kerakusan mereka menguasai pentadbiran negara.


Sebelum waktu kempen PRU14  berakhir, Dr. Mahathir akan memberi ucapan dan amanat dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Guan Eng akan duduk di belakang.


Semua orang tahu siapa yang paling kuat adalah parti yang mempunyai paling banyak kerusi dalam gabungan pakatan pembangkang iaitu DAP. Parti itu adalah penentu dan akan membuat keputusan jika gabungan pembangkang memerintah.
Lim Kit Siang sedang dalam dilema kerana orang Cina tidak memberi tindak balas yang positif kepada simbol PKR seperti yang diharapkan dan nampaknya terdapat sedikit tentangan.


Penasihat DAPiga itu sepatutnya mendengar kata Chen Man Hin dan bukannya kata Mahathir dalam pemilihan simbol parti kerana penyokong DAPigs lebih biasa dengan simbol Roket.


Kini DAPigs cuba untuk membuat kawalan kerosakan dengan memaparkan kedua-dua simbol PKR dan juga simbol Roket supaya mereka boleh menenangkan penyokong mereka dan juga memenangi hati pembangkang Melayu.


Kit Siang berharap mereka boleh mengekalkan sokongan Cina mereka dan pada masa yang sama memenangi sokongan orang Melayu, yang merupakan satu jenis penipuan dan menunjukkan bahawa DAP tidak yakin dengan simbol PKR.


DAPigs ingat mereka bertindak bijak dengan bersembunyi di sebalik simbol PKR. Dan apabila itu telah mengecewakan orang Cina, mereka kini membawa kembali simbol roket sementara tidak mahu membuang simbol PKR. Dan tindakan ini menyebabkan keadaan lebih kucar-kacir untuk DAPigs!!!

Isnin, Mei 07, 2018

Ahli - ahli Melayu DAPigs sekarang ini dipergunakan untuk menunjukkan wajah pelbagai kaum kepada rakyat Malaysia, untuk menarik orang muda dan untuk memegang jawatan Menteri Besar sekiranya mereka menang di negeri sasaran.


Lima orang ini menjadi bukti paling kukuh untuk menunjukkan bagaimana cara DAPigs melayan ahli-ahli Melayunya, yang akhirnya tersingkir atau lari dari parti kerana telah melihat kebejatan di dalamnya.


1. Mohamad Razali Abdul Rahman

Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam ini akhirnya meninggalkan DAP selepas tidak sanggup lagi menjadi alat kepada DAP yang mempunyai rancangan jahat terhadap orang Melayu dan agama Islam di Malaysia. Razali mendedahkan kerja-kerja jahat dilakukannya termasuk terlibat dengan latihan dan menerima dana yang besar dari Israel.


2. Diana Sofya Mohd Daud

Gadis Melayu ini masih bersama DAP, dan mungkin akan kekal dalam parti Cina itu. Dia dipergunakan untuk menarik orang muda Melayu, dan dieksploit bagi mencapai tujuan itu. Diana dipergunakan untuk bertanding di Teluk Intan sekadar menunjukkan DAP sedia mencalonkan Melayu tetapi di kerusi yang DAP sudah sedia untuk kalah.


3. Datuk Zaid Ibrahim

Zaid ialah antara Melayu yang benar-benar liberal yang akhirnya memilih untuk menyertai DAP. Zaid lebih kuat berpegang dengan fahaman liberal dan tidak bermuka-muka mengambil hati orang Melayu seperti dilakukan ramai pemimpin lain yang kononnya liberal. Beliau akhirnya tidak sedar DAP ialah sebuah parti Cina apabila tidak dicalon dalam Pilihan Raya Umum ke-14.


4. Hata Wahari

Hata memperjuangkan kebebasan media hingga bermusuhan dengan bekas majikannya Utusan Melayu. Dia menyertai DAP dan acara penyertaannya dihadiri sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Tetapi akhirnya Hata menyedari bagaimana sikap sebenar DAP terhadap orang Melayu apabila mencalonkan cucu komunis Shamsiah Fakeh di Selangor.


5. Amran Ahmad

Amran yang juga anak kepada bekas pemimpin Melayu DAP ialah seorang lagi wartawan yang akhirnya memutuskan untuk mendedahkan perancangan jahat parti Cina itu. Dia mendedahkan propaganda jahat dan fitnah yang disebarkan oleh DAP dalam kempen PRU14 ini. Amran menjadi bukti terbaru sifat buruk DAP yang akhirnya menolak keluar orang Melayu.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping