ANUGAY DIBOGELKAN LAGI!!!

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

MEH JADI RAKAN SEMUT, Klik Pada Butang Follow Di Bawah

MEH LAYAN VIDEO JURASIC PARK SOKONG ISRAEL!!!


AIDCNews – 01/02/12 – Video ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdurasi 7 minit 48 saat (di atas) yang disifatkan menyokong konsep sebuah ‘Negara Israel’ mula tersebar di internet sejak semalam.
“Saya mewakili pendapat ‘two states solution’ (solusi dua negara) bagi (menyelesaikan) konflik Palestin dan Israel” kata Anwar di Woodrow Wilson International Center (WWIC), Washington DC, pada 24 Jun 2010.
‘Two States Solution’ atau ‘Solusi Dua Negara’ adalah idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang berpengkalan di Brussels, dan Washington DC dinamakan International Crisis Group (ICG).
mesyuarat ICG yang diadakan di Vancouver, Mac 2007, yang turut dihadiri Anwar(lihat juga bukti video di sebelah kanan), badan itu mengesyorkan idea ‘two-state solution’ sebagai penyelesaian ‘terbaik’ konflik Palestin-Israel.
‘Two-state solution’ bermakna mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka, tetapi dalam masa sama Israel juga turut diiktiraf sebagai sebuah Negara Sah.
Menurut sourcewatch, ICG ditaja oleh yayasan-yayasan dana pro-Israel, termasuk Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang berbangsa Yahudi, George Soros.
Soros juga merupakan salah seorang ‘Executive Committee’ dan ‘U.S. Board Members’ ICG.
Anwar Ibrahim dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG sekitar Jun 2006, ketika beliau menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK, sebuah institusi yang disebut-sebut di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.

Ps: Menda pulak la alasan Si Haiwan Purba tu pasal pendedahan videoni nanti ek? Macam mana dia nak jawab dengan puak - puak Parti Angguk Saja tu?

Sudah - sudah la puak - puak PAS tu pun nak sokong Si Ketua Penipu ni. Dah terang - terang dia menyokong Rejim Zionis Israel. Korang nak ikut jugak cakap dia buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!

DEWAN ULAMA PAS PUN DAH MUAK DENGAN HAIWAN PURBA NI!!!

Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.
Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkit kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri. Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari keterlanjuran Anwar ini.
Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermatian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel tiba-tiba Anwar menyanggah PAS dengan menyokong Israel.
Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil “an after thought”.
Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu. Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama.
Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.
Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris. Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan “depa tak reti Inggeris”.
Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawab apabila bantahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC. - IB
Ps: Agaknya Dewan Ulama PAS ni perlu pergi berjumpa dengan Si Wali Terompah tu untuk mendapatkan penjelasan sebab dia dah tengok video tersebut. Lagi pun, dia faham Bahasa Inggeris!!! Hehehe...

HAIWAN PURBA BANGKIT PERTAHANKAN ANAK EMAS!!!


Wah!!! Sayang jugak rupanya Haiwan Prehistoric ni dengan Anak Emas Kesayangan dia tu sampai sanggup dia sound Datuk Dr. Hassan Ali.

Si Ketua Penipu tu hari ini telah mengeluarkan kenyataan agar Datuk Dr. Hassan Ali tidak mengikut cara UMNO dengan membuat serangan peribadi dalam ceramah dia.
Beliau berkata, Hasan sepatutnya menerangkan tentang dasar dan tidak menjadikan serangan peribadi sebagai modal ceramahnya.


"Modal dia serang peribadi… dia patut terang dasar. Tak payahlah ikut cara Umno. Saya rasa tak payah jawab soalan ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Taman Sri Sentosa hari ini.Hasan mengadakan siri ceramah jelajahnya bagi untuk mendedahkan 'parasit' yang ada dalam Pas.
Kenapa dia cakap macam tu? Dia takut Hassan Ali dedahkan siapa Parasit Anwarinas serta proksi dia didalam PAS ke?

Sebelum ini, Datuk Dr. Hassan Ali telah menyerang Si Khalid Gereja dan digelarkan sebagai Parasit Anwarinas didalam PAS.

Selain itu juga, Hassan Ali juga turut dikatakan akan mendedahkan perilaku buruk pemimpin Pakatan Pembangkang terutama sekali Si Azmin Ali tu.

Pendedahan salah laku tersebut kata Hassan Ali turut akan mengaibkan seorang pemimpin kanan Pakatan Pembangkang yang sedia ada.
"Jangan paksa saya mendedahkan semuanya nanti awak juga yang malu," kata Hassan yang ditujukan kepada Azmin.
"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat - maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh untuk mempertahankan diri.
Ini kerana sesetengah dari maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti seperti yang dihebohkan sebelum ini," kata Hassan lagi. 
Semut sokong tindakan Hassan Ali ni. Tapi tak payah la tunggu sampai dihimpit ke dinding baru dia nak dedahkan perkara tersebut.

Buat je. Biar semua rakyat Malaysia ni tahu perkara yang sebenar dan dapat melihat rupa wajah buruk puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Biar diorang sedar sikit siapa Syaitan sebenarnya!!!

PAS JADI ORANG BUTA MASUK GALERI LUKISAN!!!


Kalau hari tu, Semut cerita pasal sikap PAS yang nak membandingkan diantara Gajah dengan Tikus. Kali ini, diorang nak jadi orang buta yang datang ke galeri seni lukisan.

Tidakkah ianya satu tindakan yang tak masuk akal bila orang yang tak nampak nak melihat hasil seni tersebut? Jadi sama la dengan puak - puak PAS ni.

Diorang jelas tak faham apa yang nak dipertikaikan, tapi diorang pertikaikan jugak. Itu la yang orang kata BONGOK namanya.

Ini berkaitan dengan isu Pengkorproratan Jabatan Bekalan Air kepada Perbadanan Air Negeri Pahang yang dijadualkan hari ini.

Katanya, diorang menyokong bantahan yang dibuat oleh segelintir kakitangan JBA terhadap tindakan tersebut dengan alasan kononnya Kerajaan membelakangkan mereka.
“PAS menganggap kerajaan negeri tidak sepatutnya membelakangkan kakitangan JBA untuk mengkorporatkan agensi itu kerana ia melibatkan masa depan mereka,” katanya.

Hassanuddin berkata demikian mengulas tindakan kakitangan jabatan tersebut yang mengisytiharkan akan mengadakan bantahan jika permintaan mereka ditangguhkan pengkorporatan dan penswastaan agensi itu tidak dipedulikan.
Apa dia yang nak dijelaskan lagi? Tak ada apa yang berubah pun. Pekerja tetap dengan kerja mereka seperti biasa. Hanya status sahaja yang berubah.

Kalau dulu, JBA ni berada dibawah Kerajaan Negeri. Sekarang, mereka berdiri sendiri. Boleh mencari pendapatan tambahan sendiri. Itu sahaja.

Pekerja tetap akan terima gaji sama seperti sebelum ini. EPF dan KWSP pun sama. Pencen pun tetap sama jugak. Jadi, apa yang perlu dijelaskan lagi sebenarnya?

Tambahan pulak, kadar tarif air tidak akan dinaikkan dan subsidi juga tetap akan diberi kepada rakyat seperti mana yang termaktub dalam perjanjian PAIP dan Kerajaan Negeri.

Jadi, tak timbul lansung soal Kerajaan nak menganiaya rakyat dengan kenaikan bil air dan sebagainya. Melainkan mereka dirasuk dek Parasit macam PAS ni, lain la cerita!!!

NURUL IZZAH ADA HATI NAK JADI DATUK BANDAR!!!


Fuh!!! Tinggi gila cita - cita Anak Si Ketua Penipu ni rupanya. Dia sekarang ni dalam cubaan nak jadi Datuk Bandar Kuala Lumpur pulak.

Hari ini, dia mengulangi cadangan agar diadakan Pilihan Raya peringkat PBT bagi memilih Datuk Bandar DBKL yang baru dimasa akan datang.

Dengan menggunakan rakyat sebagai alasan, kata dia ianya satu cadangan yang baik sebab kaedah tu pernah digunakan 47 tahun yang lalu.
"Sejak tahun 1965, pilihan raya ahli-ahli majlis tempatan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang pada 1961 diwujudkan sebagai Suruhanjaya Ibu Kota tidak lagi dijalankan.



"Sudah pasti pada mulanya wujud sebab-musabab yang munasabah kenapa langkah ini diambil tetapi masanya telah tiba setelah 47 tahun berlalu untuk dikembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula," katanya dalam satu kenyataan hari ini sambil menambah, "mengapa saya berkata sedemikian?".


Katanya, rakyat cuma perlu melihat belanjawan 2012 DBKL yang berjumlah RM2.3 bilion, bersamaan dengan jumlah belanjawan 2012 kerajaan-kerajaan negeri Selangor (RM1.6 bilion) dan Pulau Pinang (RM740 juta)."Dan, bertanya, adakah jumlah ini benar-benar diguna dengan sebaik mungkin?" kata beliau lagi.
Wah!!! Orang lain semua nak maju ke hadapan, dia pulak nak bawak orang lain patah balik ke belakang? Yang belanjawan di Pulau Pinang dan Selangor tu digunakan dengan baik ke?

Selain itu, Si Nurul Izzah ni juga turut menyatakan langkah ini dapat menyelesaikan beberapa perkara yang dibangkitkan selama hari ini.
Justeru kata beliau: "Wujudkah satu sistem maklum balas menyeluruh yang mampu memastikan DBKL benar-benar bertanggungjawab dalam memastikan wang ringgit rakyat digunapakai dengan cara yang paling berkesan dan paling cekap?".


Katanya lagi, tanpa sistem pilihan raya kerajaan tempatan, kesemua soalan di atas hanya tinggal soalan.
Yang Papa dia takut sangat nak ambik tindakan terhadap orang yang melemparkan tuduhan dan dedahkan video seks dia tu kenapa?

Adakah benar Papa dia telah meliwat Si Mohd Saiful tu secara suka sama suka? Di mana Papa dia berada sewaktu video seks dengan China Doll tu dibuat?

Adakah benar dakwaan mengatakan yang Papa dia ada hubungan dengan Israel? Mungkin dia lupa. Tanpa Keberanian untuk menegakkan Kebenaran, soalan - soalan diatas akan terus tinggal soalan jugak!!!

KHALID GEREJA GELAK BESAR DIGELAR PARASIT!!!


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.
 
Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.
 
Sebaliknya, Hasan menegaskan beliau tidak faham mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas menentang beliau, termasuk pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.
 
“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.
 
“Tuan-tuan bayangkan, saya mahu bersihkan Shah Alam daripada judi, tidak boleh, saya nak lihat rumah urut dibersihkan pun tidak boleh,” katanya dalam ceramah Bicara Memurnikan Akidah Ummah di sini, kelmarin.
 
Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.
 
Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak pemimpin yang didakwa mengkhianati perjuangan Agama Islam dalam pilihan raya akan datang.
 
“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya,” katanya.

Ps: Yang dok ada sekarang pun dah terasa menyesal sebab mengundi Si Khalid Gereja ni, nak harapkan orang lain pulak mengundi dia? Jangan harap la!!! Buat mengabihkan masa je kalau undi dia pun.

Dah la dia buat - buat buta je dengan masalah rakyat. Lepas tu buat tak tau je bila timbul isu murtad. Bila rampas arak dikawasan majoriti Melayu di tempat dia, bukannya dia nak tolong. Tolong tikam lagi, ada la!!!

Orang macam ni yang nak diharapkan untuk mempertahankan dan memperjuangkan Islam? Alamat hancur la Islam tu nanti sebab dia ni bukan tau apa - apa pun!!!

NetworkedBlogs

DISCLAIMER

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.