Ahad, Julai 11, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Menghayati Sirah Israk dan Mikraj Baginda Rasulullah S.A.W dua hari lepas membuatkan pemahaman kita lebih terbuka dan dapat memuhasabahkan diri terhadap Perjalanan Bersejarah Baginda.

Sebelum ini, Semut difahamkan bahawa Perjalanan Umat Islam hari ini juga boleh dikaitkan dengan perjalanan Rasulullah S.A.W dengan keadaan semasa.

Ikuti isi kandungan Ceramah yang didengari oleh Semut beberapa hari yang lalu:

Hidup manusia pada hari ini merupakan satu perjalanan yang hampir sama dengan peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W lebih kurang 1431H yang lalu.

Setiap manusia melalui liku - liku kehidupan dari kecil hingga dewasa. Itulah Israk yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Sedar atau tidak, usia kita semakin hari semakin meningkat tanpa kita sedarinya.

Sesaat akan jadi seminit, seminit akan jadi sejam, sejam akan jadi sehari dan begitulah seterusnya. Maka ianya tidak mustahil dengan kehendak Allah S.W.T seperti yang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam Israk Baginda dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjid Al -Aqsa di Baitulmaqdis.

Namun kenderaan yang dinaiki oleh manusia biasa tidaklah setanding dengan kenderaan Rasulullah S.A.W iaitu Buraq. Manusia biasa hanya menaiki kenderaan masa atau Al - Asr sepanjang hidup mereka.

Walaubagaimana pun, tujuannya sama. Menghampiri Sidratul Mun'taha, mengadap Allah S.W.T.

Mikraj manusia biasa pula adalah adalah berdasarkan tingkat keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Lagi tinggi iman kepada Yang Maha Esa, maka lebih hampir kita dengan Yang Maha Pencipta.

Demikianlah tuntutan syariat Islam tatkala Rasulullah S.A.W mendapat perintah Allah S.W.T agar setiap umat Islam terutamanya dalam menunaikan solat.

Maka, mahu atau tidak Rukun Islam dan Rukun Iman itu haruslah diikuti agar kita menjadi Umat Islam yang sejati dan benar - benar bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Tak tergambar bagaimana keadaan manusia di Padang Mahsyar nanti. Subha Nallah...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping