Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Pepatah Inggeris itu dituju khas buat Ketua Penipu Rakyat, Anwar Ibrahim.
Kebanyakkan blog hari ini banyak menyiarkan kisah beliau yang keluar negara hujung minggu lalu bagi menjelaskan kedudukan beliau dalam lingkaran Zionis. Destinasi beliau dikatakan ialah Amerika Syarikat.
Sebelum ini beliau lantang menuduh Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat gergasi yang bernama APCO untuk mempromosikan Agenda 1Malaysia.
Masih terngiang - ngiang di telinga Semut, penyokong - penyokong si Penipu ini sewaktu di Hulu Selangor dahulu.
"...UMNO!!! APCO!!! UMNO!!! APCO!!!..." Begitulah yang dilaung - laungkan oleh penyokong beliau pada ketika itu. Hilang takbir dan digantikan dengan laungan fitnah belaka.
Yang menghairankan, apabila beliau mahu dihadapkan ke Lembaga Hak Kebebasan Parlimen, beliau cuba untuk melarikan diri. Buat tuduhan, beliau kata ada bukti. Habis, kenapa beliau lari?
Hari ini, bekas MP PKR, Wee Chee Keong dalam blog Zulkifli Nordin menyiarkan kenyataan bahawa tujuan Anwar ke Amerika adalah bagi menerangkan kedudukan beliau dalam pakatan Zionist di sana. Hanya semata - mata untuk mendapatkan sokongan negara kuat dunia itu demi menjadi Perdana Menteri Malaysia.
"...Kalau kita nak jadi PM pun kita perlu dapat sokongan rakyat...bukan guna puterbelit, nanti terbelit diri kerana setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,...”
Demikian petikan dari kenyataan Wee mengenai bekas bos beliau. Keadaan terdesak Anwar Ibrahim yang semakin hari, semakin bercelaru kepala otaknya untuk menepis persoalan yang masih belum berjawab sampai hari ini umpama 'cacing kepanasan'.
Agak - agaknya, apa lagi si Penipu Rakyat ni nak buat lepas ni ye? Dah banyak persoalan tinggal tanda tanya je ni. Bila nak jawab DSAI?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.