...Ingat Lagi Isu Arak Di Selangor Dulu???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dari dulu hingga sekarang, puak - puak Penipu Rakyat ni memang terkenal dengan aktiviti - aktiviti demonstarsi jalanan mereka. Baik ianya dianjurkan dengan permit mahu pun dengan tidak dapat kelulusan dari pihak berkuasa, mereka tak kira.
Kita dah pernah dengar mereka buat bantahan terhadap kenaikan harga minyak, bantahan terhadap rasuah, kecaman terhadap tindakan kejam rejim zionis, Anti - ISA dan Judi Bolasepak. Semut ulang sekali lagi, JUDI BOLASEPAK.
Tak pernah pun Semut dengar diorang buat demonstrasi MANSUHKAN JUDI DAN ARAK. Siapa pernah dengar? Siapa pernah terlintas melihat banner atau poster yang menyatakan: KAMI PAKATAN RAKYAT MEMBANTAH LESEN JUDI DAN ARAK?
Siapa ada gambar yang menunjukkan mereka ada buat demonstrasi di hadapan kilang arak terbesar di Selangor? Siapa ada gambar yang membuktikan mereka buat bantahan terhadap pertandingan lumba kuda di Pulau Pinang?
Mana suara Anwar Ibrahim yang lantang menyatakan dipentas - pentas Ceramah; "Saya dah 8 tahun jadi Menteri Kewangan dan selama itu Lesen Judi dan Arak tidak dikeluarkan". Mana suara - suara pemimpin - pemimpin mereka bila anak buah menyatakan bantahan ini? Klik Sini.
Persoalan Semut, kenapa perkara ini mereka tidak buat? Kenapa perkara ini tidak disensasikan secara menyeluruh sedangkan mereka memaki hamun orang UMNO dengan pelbagai tohmahan, caci cerca serta menghukum dengan sesuka hati? Walhal, pada masa yang sama mereka juga tidak pernah mengambil apa - apa tindakan.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Baca blog disini.
Malah Pemuda UMNO sekali pun tidak membuat apa - apa bantahan dan cadangan kepada kerajaan Pusat agar lesen judi dan arak ini dimansuhkan terus.
BalasPadamFikir - fikirkan lah.