Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kemelut DAP Selangor semakin bercelaru. Terbaru, 3 orang Pemimpin DAP telah dipanggil oleh pihak Polis untuk menjalankan siasatan.
Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor enggan menghadiri sesi soal jawab Lembaga Disiplin DAP Negeri atas dasar beliau sebagai Speaker dan Pengerusi SelCat. Pengerusi Disiplin turut mengingatkan Teng agar tidak melakukan sebarang tindakan yang melulu yang hanya menjejaskan kredibiliti Lembaga tersebut.
Pemimpin MCA juga mendesak agar Ronnie Liu mendedahkan hal yang sebenar dan tidak membiarkan rakyat tertanya - tanya. Ronnie walau bagaimana pun tidak akan meletakkan jawatan dan berundur diri selagi siasatan belum selesai.
Ketua Pemuda Barisan Nasional pula mendesak agar DAP Negeri membenarkan siasatan dilakukan oleh pihak SPRM berhubung isu salahguna kepala surat dan cop rasmi Exco Kerajaan Negeri.
Propaganda ini juga turut dilihat untuk meredakan serangan terhadap Tony Pua dengan cadangan beliau kepada Kerajaan Negeri Selangor agar memansuhkan Diskaun Pemilikan Hartanah kepada Bumiputera. Juga untuk meredakan masalah air serta isu pasir di Selangoryang semakin hari semakin tersepit.
Jangan ingat orang bodoh la DAP. Dah masak sangat dengan taktik bangsat kamu.
Fikit - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.