Khamis, Ogos 05, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ini yang pelik dengan orang - orang PAS. Bila bagi cadangan Perpaduan Ummah, tolak mentah - mentah. Alasan mereka? UMNO kena ubah dasar perjuangan mereka dari bersifat kebangsaan kepada yang lebih Islam katanya.

Tapi, tindak tanduk mereka sedikit pun tidak menggambarkan apa yang mereka perjuangkan. Pertamanya, adakah Islam menolak apa jua usaha ke arah Perpaduan Ummah tanpa sebarang rundingan? Tak baca Sirah Perjanjian Hudaibiyah ke? Kalau berceramah pandai pula mereka ulang - ulang kisah tersebut.

Ini insiden yang bukan baru berlaku. Seorang Imam Muda, yang kalau tak silap dilantik oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) sendiri telah dipulaukan oleh AJK dan Jemaah Masjid. AJK Masjid As - Somadi di Kampung Geting, Pengkalan Kubor dikatakan melakukan perkra tersebut hanya kerana bapa Imam tersebut mengkritik Menteri Besar Kelantan. Baca laporannya disini. Perkara seumpama ini pun mereka mahu mempolitikkannya.

Kenapa Semut kata perkara ini bukan satu fenomena baru? Sebab sebelum ini, ahli - ahli PAS sendiri enggan bersolat dibawah Masjid yang disediakan oleh pihak kerajaan. Mereka lebih sanggup mewujudkan Masjid lain walaupun ianya berada dalam satu kawasan qariah. Dalam ertikata lainnya, mereka sendiri memulakan pemisahan dalam institusi Islam itu.

Jadi nak kata UMNO tidak mendokongi perjuangan Islam? Mereka mintak UMNO ubah dasar, tapi dalam masa yang sama boleh ke mereka solat dibawah satu masjid?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping