Ahad, Ogos 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dah la hidup pun menipu. Dalam Portal pun nak menipu jugak ke?

Kalau mengikut laporan dalam The Star Online, seramai 25 orang telah ditahan dalam Upacara Anti - ISA di Amcorp Mall lewat petang tadi. Mereka yang ditahan adalah 6 Perempuan dan 19 Lelaki. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya untuk sesi soal siasat.

Diantara yang ditahan ialah Pengerusi Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ahli Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Lain pula yang di tulis oleh Malaysiakini. Dalam laman blog Semut ditulis begini:

Upacara anti-ISA dihalang polis, 10 ditangkap - Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di beberapa tempat di seluruh negara bagi membantah...1 jam yang lalu

(Rujuk Gambar diatas). Tapi bila Semut tekan dia tulis pada tajuknya 29 ditangkap (Klik Sini). Mana satu yang betulnya?

Sebab itulah Tun Dr. M kata, nak menulis ni kena ada etika. Biar lah apa yang nak ditulis tu betul dan berlandaskan fakta. Kalau sekadar meluahkan perasaan tak pe la. Ni berbelit - belit.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping