Sabtu, Oktober 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau kita baca risalah mereka, kononnnya mereka mengajak rakyat membangun bersama Islam. Terpampang jelas cogankata tersebut diposter - poster mereka.

Namun hakikatnya jelas tidak sebegitu. Mereka hanya retorik dalam memperjuangkan pembangunan rakyat. Ibarat menanam tebu dihujung bibir semata - mata.

Bayangkan hampir 20 tahun mereka memerintah Negeri ini, tidak ada satu pun pembangunan yang mereka dapat laksanakan. Bukan setakat di Galas, tetapi dimana ceruk kawasan dalam Negeri Kelantan dapat kita lihat tidak ada pembaharuan yang dilakukan terhadap rakyat.

Bila ditanya kepada rakyat sama ada mereka mahukan pembangunan, mereka kata mereka mahu. Tetapi alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, itu bukan tanggungjawab mereka. Pembangunan rakyat ini tanggungjawab Kerajaan Pusat. Habis apa tangungjawab mereka?

Dengan selamba sahaja mereka menjawab membekalkan 'human capital' atau modal insan. Dalam ertikata lainnya, rakyat hanya perlu duduk dirumah dan buat anak sahaja. Tidak ada yang lebih penting bagi Kerajaan Negeri selain itu.

Bayangkan ketidak mampuan mereka mengurus tadbir Negeri sehingga nak bagi sekeping kertas pun tak mampu. Hanya sekeping kertas Geran tanah yang sudah tentunya milik rakyat, pun masih gagal mereka laksanakan. Jangan mintalah yang lain - lain. Jalan ke, sekolah ke, apa ke.

Inilah hakikat sebenar yang tidak dapat diterima oleh mereka. Terutama sekali buat Semut Api yang hanya tahu menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional yang sudah banyak berjasa kepada mereka. Tidak ada rasa bersyukur lansung wujud dihati mereka. Betapa jumudnya mereka berfikir dan bertindak. Janganlah kita digolongkan dalam golongan tersebut. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping