Ahad, Disember 12, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dengan ini, Semut mengistiharkan perjuangan Islam yang didokong oleh puak - puak PAS sudah selamat disemadikan oleh Setiausaha Agung PAS Pusat sendiri.

Mustafa Ali hari ini meminta semua pihak supaya tidak membangkitkan isu Negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti tersebut sekiranya menguasai pentadbiran Kerajaan Pusat.

Minggu lepas, beliau turut mengarahkan ke semua pemimpin PAS agar tidak menyentuh isu - isu semasa, dipercayai berkaitan dengan dasar Negara Islam dan jawatan Timbalan Perdana Menteri dipegang oleh bukan Islam sehingga parti itu mengambil pendirian hari ini.

Ketika ditanya mengenai hasil mengenai hasil mesyuarat tersebut, beliau berkata ianya adalah untuk membincangkan mengenai konvensyen Pakatan Pembangkang yang akan diadakan minggu depan.

Beliau turut menyatakan bahawa ketiga - tiga parti komponen mereka tidak akan membentangkan kertas kerja masing - masing. Hanya kertas kerja Pakatan sahaja akan dibentangkan.
Nampak gayanya, bukan sahaja perjuangan Islam dalam PAS yang dikuburkan malah amalan demokrasi juga turut berkubur sama.

Mana tidaknya. Kenapa tidak dibenarkan komponen membentangkan kertas kerja masing - masing? Tidak pentingkah pandangan parti - parti tersebut? Tidak relevankah perjuangan mereka? Seolah - olah macam terpaksa pula mereka membentangkan kertas kerja itu.

Jelas, inilah satu lagi dakyah yang cuba dikelirukan oleh Pembangkang terutamanya PKR dan DAP agar Islam tidak berkembang subur dalam Negara. Maka PAS sudah terpengaruh.

Sudahlah PAS tidak menjalankan kerja dakwah ke arah pembentukan insan yang lebih baik. Perjuangan mereka juga turut mahu dilupakan.

Bagaimana agaknya perasaan Allahyarham Fadhil Noor jika beliau masih hidup dan menyaksikan perkara ini berlaku dalam PAS hari ini? Yang pasti, beliau tentu akan bersedih. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping