Rabu, Januari 26, 2011

Semalam, Semut telah membangkitkan tentang isu integriti dan kredibiliti calon PAS untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod serta menyalahgunakan kuasa sebagai seorang Guru.

Semut ingin menambah bahawa adalah mustahil bagi seorang guru untuk memastikan keseluruhan anak - anak muridnya cemerlang dalam peperiksaan melainkan beliau seorang guru yang mempunyai kuasa ajaib.

Dalam reaksi terhadap pendedahan ini, pihak PAS dan calon mereka masih lagi tidak mampu menepis dakwaan tersebut tetapi tetap kekal mendiamkan diri.

Disini, Semut sekali lagi ingin menegaskan kepada umum bahawa tindakan tersebut membuktikan bahawa spekulasi yang dibuat adalah benar sehingga beliau tidak dapat menjelaskannya kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi mengukuhkan spekulasi terhadap calon PAS bahawa isu yang Semut bangkitkan ini benar, Semut terangkan persoalan berikut kepada para pengundi DUN Tenang untuk fikirkan.

1. Mengapakah Calon PAS itu masih tidak dapat menyangkal dakwaan yang dibuat sedangkan ianya adalah satu realiti disebabkan kelemahan beliau sendiri dalam mengendalikan kelas yang menjadi tanggungjawabnya?

2. Mengapakah beliau masih berdiam diri sedangkan ada dikalangan bekas anak - anak muridnya yang tidak dapat menyambung pelajaran akibat kelalaian beliau menjalankan tugas kerana asyik sibuk berpolitik sahaja?

3. Jika beliau benar - benar jujur dan telus dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru, mengapakah masih ada dikalangan anak muridnya yang gagal dalam peperiksaan?

4. Berapa ramaikah bilangan anak - anak murid beliau yang gagal itu terpaksa menjadi penganggur dan bekerja dengan gaji berpendapatan rendah?

Berdasarkan persoalan ini, calon PAS itu jelas tidak bersikap telus dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan terhadap rakyat di DUN Tenang juga kepada partinya sendiri.

Jadi jangan lah jadi paku dulang, paku serpih. Cakap orang, diri sendiri yang lebih. Setakat nak pertikaikan satu kes mengenai calon BN, buat apa? Pegi kaji berapa ramai anak murid cikgu Mala yang 'kantoi' dalam peperiksaan dulu la.

Jangan la sebab nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Takkan benda semudah itu pun diorang tak faham? Ceit! Pigidah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. kalau cikgu yg jenis mencecer dlm kelas, makan KFC meragukan.. apa yg kita expect hasil kerjanya?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping