Wah, baru selesai satu nama calon yang diumumkan, dah hangat keadaan di Kerdau ni rupanya. Tu belum PAS umumkan calon diorang je lagi.
Katanya Kerdau akan jadi Segitiga Bermuda nanti. Tapi bukan dalam air, atas darat. Dan segitiga ni juga bukan disebabkan ada kehilangan misteri. Tapi lebih kepada kemunculan yang misteri sebenarnya.
Kononnya, Pilihanraya Kecil DUN Kerdau ini bukan hanya setakat PAS dan BN saja yang akan bertanding nanti.
Ada jugak pihak bebas yang berhajat besar nak bertanding katanya. Khabar angin kata, dia bekas Yang Berhormat sekitar tahun 1980-an dulu.
Konon kata YB yang tak nak namanya disiarkan tu kata, hasrat dia nak bertanding atas tiket bebas supaya dia boleh sepak muka BN dan PAS sesuka hati dia.
Dia nak mengajar PAS dan BN la kononnya agar tak terlalu yakin untuk mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Kecil kali ni.
Kenyataan YB yang berusia 60 tahun ni semalam kata dia nak bertanding bukan sebab nak menang sangat. Tapi sekadar nak memecahkan undi je.
Sumber yang mendedahkan perkara ini juga berkata, anak kepada bekas YB ni turut tersenarai dalam senarai pendek oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri tapi tak berjaya.
Alahai. Orang macam ni pun ada jugak ke? Patut la Negara tak maju. Sebab anak tak terpilih jadi calon, dia nak balas dendam ke? Saja nak buat kecoh?
Umur dah 60 tahun pun nak buat hal. Bagi la peluang pada orang lain pulak. Dia dah merasa jadi YB, pencen pun dah dapat. Apa yang dia nak lagi ni?
Bawak - bawak la berehat. Gila jawatan ni pun tak ke mana jugak. Jangan la jadi macam puak - puak Parti Angguk Saja tu yang memang dah jelas Gila Kuasa, Gila Nama dan Gila Glamer.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.