Hahahah!!! Ini kali pertama Semut gelak besar tengok gelagat pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Nak pulak puak - puak Parti Angguk Saja ni.
Tak pasal - pasal je Pesuruhjaya PAS Pahang ni mengaku yang diri dia dah songeh sebenarnya. Nampak sangat dia kurang faham dengan strategi perang Psikologi dan Perang Siber.
Kata Tuan Brahim, Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob sengaja menyebar fitnah mengenai isu sijil calon Barisan Nasional.
Kata dia, tidak ada satu pun kenyataan yang dikeluarkan dari mana - mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.
Kononnya, menurut Naib Presiden PAS Pusat tu kata isu tersebut dicetuskan oleh blogger dan tidak ada kena mengena dengan PAS.
Alahai Tuan Brahim. Tak payah la jadi munafik sampai macam tu sekali. Dah baling batu, mengaku je lah.
Jangan la nak terus - menerus menipu rakyat. Dah buat, mengaku je. Tak payah sembunyi - sembunyi.
Dia bukan apa sebenarnya. Dia dah malu dengan diri dia sendiri. Perkara mengenai isu ini membuktikan bahawa blogger puak - puak pembangkang ni jelas melacurkan amanat Nik Aziz.
Kan sebelum ni Nik Aziz dah pesan kepada mereka yang menjadi pengamal media baru agar jangan menabur fitnah sewenang - wenangnya.
Sekarang dah terbukti puak - puak tu masih juga meneruskan amalan menyebarkan fitnah dan menolak saranan dari Tok Guru mereka sendiri.
Kalau dah dikalangan mereka pun tak dengar cakap Nik Aziz, yang kita bukan ahli ni nak dengar lagi buat apa? Buat mengabihkan beras je.
DEPA DAH STAT, KIRA GREEN LIGHT LA TU....TUNGGU APA LAGI, BUBUH GEAR.....SERANGGGGGLA
BalasPadamBONGKAR BIAR MELELEH AIR KENCING TU MACAM MALA DAN MAKROP DULU