Dalam keadaan semasa ni, teringat Semut masa dulu - dulu. Kalau turun Petaling Street, mesti ada 'kutu' himpit dan mengajukan soalan: Brader, mau beli cerita 'best' tak?
Cakap je dengan dia, cerita apa pun dia ada. Yang datang dari Amerika, China, India, Indon, malah dalam Malaysia punya pun ada.
Tapi rasanya, sekarang dah tak de kot 'kutu-kutu' yang buat kerja macam tu. Maklum la, Petaling Street sekarang pun dah jadi tempat tumpuan Pelancong.
Sebab apa Semut teringatkan kisah di Petaling Street ni? Sebab semalam kecoh cerita pasal video seks pemimpin kanan pembangkang.
Dengar kata ada beberapa ahli Parlimen sibuk mencari video berkenaan melalui internet tetapi tidak ada seorang pun yang berjaya menjumpainya sampai hari ni.
Kata Nazri Aziz, dia pun pelik dengan kelibat beberapa orang ahli Perlimen tersebut lalu bertanya apa yang sedang mereka lakukan?
Sampai jam 9.30 malam, ketika dia sedang berjalan hendak pulang di Parlimen masih tidak ada seorang pun yang menjumpaiya.
Fuh! Punya la kemaruk nak tengok cerita lucah, sampai di Parlimen pun sibuk diorang cari cerita tersebut.
Sebab tu Semut teringatkan Jalan Petaling tadi. Diorang cari di Parlimen memang la tak jumpa. Cuba cari kat Petaling Street, mana tau kot - kot ada terselit.
Nazri jugak turut mencemuh tindakan Ketua Penipu yang menafikan penglibatan dia dalam video tersebut. Nazri kata tidak ada sesiapa yang menuduh Anwar.
Jadi kenapa dia buat penafian? Indidvidu terbabit dalam video itu mungkin Lim Kit Siang atau Hadi Awang. Kebarangkalian itu ada sebab dinyatakan pemimpin kanan Pakatan.
Buat 'songeh' je la si Al - Juburi tu buat sidang media dan mengaku individu didalam video itu bukan dia. Dia sendiri yang kantoikan diri dia. Tak ke bongok namanya tu?
Bongok macam tu pun, ada hati nak jadi Perdana Menteri ke? Ceit!!! Pigidah!!!
Ps: Rasa - rasa, nak ke si Anwar tu bagi sampel DNA dia seandainya Mahkamah keluarkan perintah nanti?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.