Kalau ye pun nak menipu rakyat, takkan la sampai nak tegakkan benang yang basah? Betul - betul bangang la puak - puak Pakatan Pembangkang ni.
Tak payah nak cakap orang lain tak realistik dengan keadaan semasa dan sebagainya. Semua orang tahu, dalam Pakatan Pembangkang tu wujud kepincangan yang jelas.
Bila orang bagi pandangan, mula la diorang nak bangga dengan kemenangan dalam Pilihanraya Umum yang lalu.
Sebenarnya, kemenangan diorang tu tak disengajakan. Lepas menang baru tubuh Pakatan. Bukan tubuh pakatan sebelum Pilihanraya.
Kalau tidak, kenapa berlaku konflik di Perak untuk mewujudkan Kerajaan Negeri? Kenapa berlaku pertikaian di Selangor?
Itu sahaja dah membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang ni wujud SELEPAS Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Bukan SEBELUMnya.
Jadi, secara tak lansung, pandangan yang diberikan oleh Tun Daim Zainuddin semalam ada juga kebenarannya.
Tun mendakwa Pakatan Pembangkang yang kini mentadbir 4 buah Negeri hanya merupakan satu konspirasi Politik, ada asasnya dan dia berpijak pada bumi yang nyata.
Tidak seperti yang didakwa oleh Kulasegaran yang menyifatkan kenyataan Tun Daim itu tidak realistik dan tidak relevan dengan perkembangan politik semasa.
Dia sendiri pun menyatakan bahawa tidak ada sesiapa pun yang sangka 3 parti itu boleh mencapai kejayaan dalam Pilihanraya Umum yang lalu.
Siapa kata orang tak boleh agak yang mereka boleh bersatu SELEPAS Pilihanraya Umum yang lalu?
Diorang bersatu pun atas dasar dendam kesumat terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Dan ianya tidak lebih dari itu.
Pakatan Pembangkang masih bersatu sampai hari ini pun sebab mereka terus dibakar dengan api dendam itu oleh pemimpin - pemimpin mereka sendiri.
Nak kata diorang boleh bekerjasama antara satu dengan yang lain? Mimpi je la. Nak tentukan kerusi di Sarawak pun beria - ia bertekak sesama sendir, apa cerita?
Kerajaan Kelantan nak haramkan judi dan arak secara total, semua dah panas telinga. Kalau betul mereka sepakat, laksanakan la hukum tersebut di setiap Negeri yang diorang tadbir.
Kenapa tak boleh? Kenapa ianya dibantah? Kerjasama sangat la konon. Kalau sepakat, kenapa Selangor je yang tolak kenaikan tarif air, sedangkan Kedah dan Pulau Pinang naik sampai dua kali ganda?
Sudah - sudah la nak menegakkan benang yang basah ni. Macam tunggu kucing bertanduk je diorang ni sebenarnya. Cakap je pandai. Tapi buat tak reti. Ciet!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.