Ini satu kisah yang memang membuatkan Semut tak faham dengan Menteri Besar Pahang ni. Puak - puak Pembangkang smasih sibuk kata Kerajaan Negeri bankrap.
Tapi dia rilek je, macam tak de masalah lansung. Sempat dia buat hal pulak lagi tu sekeliling Negeri Pahang.
Semalam, katanya dia turun ke Raub bersama - sama barisan Exco Kerajaan Negeri bagi menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat.
Yang hadir dalam program tu semua pemimpin - pemimpin masyarakat terutama sekali Pengerusi JKK, Ketua Kampung dan orang ramai.
Katanya, dalam sesi tu, YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob turut memberi ruang kepada rakyat untuk mengajukan sebarang soalan dan masalah kepada Kerajaan Negeri.
Maknanya, kalau rakyat bangkitkan isu air, sebagai contoh, soalan itu akan dijawab oleh Exco yang berkenaan. Jadi rakyat akan mendapat penjelasan yang lebih jelas.
Bagus jugak kaedah yang digunakan oleh MB Pahang ni. Memudahkan rakyat untuk menyatakan masalah mereka.
Cuma yang susahnya, Exco Kerajaan tu la nanti. Sebab semua soalan perlu dijawab pada waktu dan ketika itu jugak. Namun itu bukan satu masalah bagi mereka.
Setiap Exco Kerajaan Negeri tu memang dah bersiap sedia untuk menjawab sebarang persoalan yang diajukan oleh rakyat secara lansung.
Cuba kita suruh Kerajaan Negeri lain yang berada dalam pemerintahan Pakatan Pembangkang untuk buat perkara yang sama. Mau tak terbuat dek diorang rasanya.
Nak pulak Negeri Selangor. Menteri Besar nak buat sidang media pun tergagap - gagap, inikan pulak nak jawab soalan rakyat.
Diorang tu setakat cakap je Telus dan Adil. Tapi bila bagi penjelasan hanya dari sebelah pihak je. Bukan diorang ambik peduli pundengan masalah rakyat. Nak jaga Kebajikan menda kejadahnya kalau macam tu??? Ceit!!! Pigidah!!!
KOTOR KOTOR
BalasPadamlongkang
BalasPadam