Sabtu, Julai 16, 2011


Kalau sebelum ni, PAS melalui Presidennya kata mereka akan memperjuangkan Negara Kebajikan bagi menggantikan Negara Islam.

Konon, kata Presiden PAS, perjuangan Negara Islam tidak ada disebut didalam Al - Quran. Maka oleh kerana itu, PAS akan memperjuangkan Kebajikan rakyat buat pertama kali.

Setelah 54 tahun wujud, inilah kali pertama PAS menyebut mengenai perjuangan Kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Mungkin sebab itu lah, Dewan Pemuda PAS takut nak bangun dan membuat bantahan terbuka terhadap DAPigs kerana mereka juga perlu dijaga kebajikannya.

Mungkin, kali ini, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri Kedah khususnya akan turut memperjuangkan nasib 300 orang pengusaha pusat hiburan ini.
ALOR SETAR:  Lebih 300 pengusaha pusat hiburan di Kedah bakal menanggung kerugian jutaan ringgit ekoran tindakan kerajaan negeri melarang mereka beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.
Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kedah Datuk Cheng Lai Hock berkata ini kerana mereka bukan saja kehilangan pendapatan tetapi juga masih perlu membayar gaji pekerja dan sewa premis.
Malah, Cheng memberitahu pemberita hari ini lebih 6,000 pekerja juga berhadapan kemungkinan diberhentikan kerja jika majikan mereka tidak mampu menanggung kos.
“Rata-rata pengusaha terkejut dengan tindakan yang dibuat kerajaan negeri menyebabkan mereka tidak melakukan sebarang persediaan untuk berhadapan dengan kerugian yang bakal ditanggung.
“Kami akan menghantar satu memorandum dalam masa terdekat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi memberi kelonggaran kepada mereka untuk menjalankan perniagaan seperti biasa,” katanya di sini.
Dengan jelas, kita dapat lihat bahawa PAS sekarang berada didalam dilema yang mereka sendiri cipta. Mereka berada dalam persimpangan.

Adakah mereka akan tunduk kepada desakan DAPigs atau tetap mahu menegakkan Islam sedangkan mereka mengakui bahawa merekalah pejuang - pejuang Islam KONONnya?

Kita lihat, sejauh mana PAS mampu mengatasi masalah seumpama ini hanya kerana mereka sedia mengorbankan nyawa demi DAPigs.

Adakah mereka akan terus tunduk dan menganggukkan kepala sahaja terhadap semua tuntutan dan desakan DAPigs? Kita tunggu dan lihat.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. ujian yg agak rumit utk PAS selesaikan. kita tengok lah mcm mana akhirnya. salah UMNO lagi ke kali ni?

    BalasPadam
  2. semuga ALLAH BERSAMA YANG BENAR

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping