Nampak je muka dia lemah. Tengok gaya je dia macam orang yang tidak bermaya. Tapi bila dia bersuara, pedih jugak telinga mendengarnya.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia ni semakin lantang nampak gayanya membalun puak - puak Pakatan Pembangkang tu.
Malah dia sempat mengelarkan mereka sebagai 'Pembunuh Utama Negara'. Tapi memang itu pun hakikatnya.
Puak - puak Pakatan Pembangkang ni bukan tau nak membantu untuk membangunkan Negara. Yang diorang tau, merosak dan menjahanamkan Negara je sebenarnya.
Cuba suruh diorang membangunkan Negara. Sah semuanya bengap belaka. Cakap je pandai, tapi bila suruh buat kerja, masing - masing tak reti.
KUALA LUMPUR 21 Julai – Tindakan pembangkang memanipulasi video perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu disifatkan sebagai satu cubaan untuk membunuh kredibiliti kerajaan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pembangkang tahu jika mereka berjaya merosakkan kredibiliti polis, maka sekali gus kredibiliti kerajaan juga akan terjejas.
“Malah mereka juga cuba merosakkan nama baik dan reputasi para pemimpin kerajaan melalui fitnah dan pendustaan serta lakonan dan politik jalanan yang semuanya tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pembangkang yang memburukkan imej polis dengan mengubah video perhimpunan itu yang kononnya memaparkan polis bertindak kejam serta mengamalkan kekerasan melampau ketika kejadian.
Cuma satu perkara je yang masih tak dilakukan oleh Kementerian Penerangan ni. Bila diorang nak ambik tindakan terhadap laman - laman portal Pakatan Pembangkang tu?
Dah tau diorang banyak memburuk - burukkan imej Negara, kenapa tindakan tidak diambil terhadap mereka? Takkan nak diamkan saja.
Saranan Semut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multi-Media perlu bertindak lebih proaktif bagi menghalang penyalah-gunaan media oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu.
Mereka perlulebih tegas untuk mengenakan tindakan yang sewajarnya. Kalau setakat bercakap pun tak de manfaat jugak!!!
Mereka berani sebab menteri hanya cakap dan balun ... tindakan tiada ... silap siapa ?
BalasPadamBila kita komplen kat SKMM ... lepas sebulan mereka akan kata hanya PDRM yg boleh ambil tindakan.
PDRM akan kata tiada laporan dibuat ... sedangkan kita dah lapor kat SKMM !!!
Mereka tahu ... SOP yg berbelit seperti tu ... lama-lama semua senyap sepi seperti tiada yg berlaku.