La, ish!!! Semut pelik juga tengahari tadi. Dengar macam ada bunyi cengkerik sedang memincit - mincit. Rupanya suara puak - puak Anti Lynas ni.
Ada lagi ke perkara yang diorang tak puas hati? Apa lagi yang diorang tak puas hati dengan kilang tersebut? Yang diorang kecewa sangat ni apa hal?
Pihak IAEA juga telah menetapkan 11 garis panduan yang harus diikuti oleh Lynas sebelum kilang tersebut dibenarkan untuk beroperasi.
Namun bagi puak - puak Anti Lynas ni, garis panduan dan skop cadangan tersebut masih lagi sempit. Sempit Kepala Hotak Dia!!!
Yang sempitnya memang kepala otak diorang. Diorang yang sengaja menyusahkan keadaan, apa kejadahnya? Nak dijumudkan pemikiran tu kenapa?
Diorang dok sibuk nak membantah tapi diorang tak sedar yang pengikut - pengikut diorang ramai yang dah lari dan ada yang tak puas hati.
Ramai yang dah sedar wujudnya pembohongan dan penipuaan yang dilakukan dalam perjuangan menentang pembinaan kilang tersebut.
Sekarang ni diorang dah tak boleh nak jelaskan mengenai wujudnya pihak - pihak yang meraih keuntungan secara peribadi.
Dakwaan - dakwaan itu masih tidak mampu dijelaskan oleh puak - puak penyokong Anti Lynas ni sampai hari ni. Malah Si Fuziah 'Reaktor' tu juga masih mendiamkan diri.
Kenapa dia diam? Kenapa dia tak bidas dakwaan tersebut? Inilah akibatnya kalau banyak sangat main putar belit. Sampai diri sendiri yang kena Poo...singh!!! Padan Muka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.