Itu yang pelik dengan badan bebas yang dianggotai oleh peguam di Malaysia ni. Bila isu yang berkaitan dengan Kerajaan, beria - ia diorang kecam.
Tapi, bila ianya berkaitan atau ada sangkut paut dengan Pakatan Pembangkang diorang jadi bisu. Semuanya senyap, tak bercakap.
Sejak bila pulak badan bebas tu jadi komponen kepada Pakatan Pembangkang? Kalau dah namanya bebas, maka diorang perlu menyatakan benda yang benar.
Malangnya, sejak akhir - akhir ni diorang dilihat lebih memihak kepada puak - puak Pembangkang sahaja. Bebas menda kejadahnya kalau macam tu?
Mungkin sebab itu la diorang didesak untuk menyatakan pendirian dalam isu kes liwat Si Ketua Penipu ni. Jangan la bagi alasan yang bukan - bukan.
Semut dapat agak. Alasan yang diorang akan bagi mesti sebab kes tu masih dalam perbicaraan. Maka sebab itu la diorang tak berani nak buat sebarang pendirian.
Kalau dah berkawan dengan kaki Poo...singh, inilah jadinya. Semua benda pun dia nak Poo...singh jugak!!!
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Majlis Peguam didesak menyatakan pendirian mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah ketika membela diri sedangkan, Ketua Pembangkang itu mendakwa dirinya tidak bersalah atas pertuduhan liwat.
Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Hamzah Zainuddin (gambar) berkata, tindakan Anwar itu dilihat sebagai cubaan menyelamatkan diri daripada disoal balas pasukan pendakwaan, justeru sikap membisu Majlis Peguam menimbulkan persoalan apakah badan tersebut berpihak kepada pembangkang.
Beliau turut mendesak Majlis Peguam agar membuat pendirian rasmi mengenai tindakan Anwar ‘menyerang’ dan memburukkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang disifatkan sebagai menghina mahkamah kerana hakim itulah yang memberi beliau lebih 55 kali penangguhan.
“Hingga hari ini kita belum mendengar sebarang kenyataan daripada Majlis Peguam berhubung tindakan Anwar semasa membela diri. Jika Majlis Peguam ini sebuah badan yang bebas, profesional serta tidak berpihak kita nak dengar pendirian mereka mengenai keputusan Anwar memilih memberi pernyataan tanpa bersumpah.
“Kita nak Majlis Peguam ini memberi penjelasan kepada rakyat, apa sebenarnya yang patut dipilih oleh Anwar semasa membela diri. Jelaskan kepada rakyat kenapa Anwar tidak memilih membela diri dari kandang saksi sedangkan, itulah langkah yang terbaik untuk membela diri jika seseorang itu yakin dia tidak bersalah.
“Kenapa di peringkat pembelaan pun masih mahu memburukkan institusi kehakiman dan kerajaan. Jelaskan juga kepada rakyat kenapa dalam kes berprofil tinggi sebegini pun Anwar seperti tidak yakin dengan bukti-bukti yang dimiliki barisan peguam belanya,” kata Hamzah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hamzah berkata, beliau sendiri hairan kenapa dalam isu melibatkan pembangkang, Majlis Peguam sentiasa lambat bertindak dan seolah-olah memejam sebelah mata tetapi jika melibatkan kerajaan, badan itulah yang menjadi pihak pertama melalak membuat pelbagai tuntutan.
Katanya, sebab itu tidak hairan kenapa banyak pihak kini melabelkan Majlis Peguam sebagai pertubuhan politik kerana memilih bulu untuk memperjuangkan sesuatu isu dan hanya akan tampil jika perkara tersebut boleh memberi keuntungan politik kepada pembangkang, bukannya kepada orang ramai.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.