Ini lagi sekor pemimpin Parti Angguk Saja yang tak tau cerita. Kot ye pun nak 'bacu-up' Timbalan dia, jangan la sampai nampak sangat bodohnya.
Kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman, isu berkaitan dengan JAIS dan Gereja DUMC ni jangan la sampai melibatkan Sultan.
Kononnya, kata dia, tidak timbul lansung mana - mana pemimpin PAS yang mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh JAIS dalam isu tersebut.
Sebaliknya, kata dia, semua pihak hanya menuntut penjelasan yang sebenar dan sewajarnya dari pihak JAIS berhubung isu tersebut sahaja.
KUALA LUMPUR, 18 Ogos – PAS menegaskan tiada pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatana Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu.Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan.Menjawab pendirian Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menegaskan, dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan Jais apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor.“Dalam Islam yang kita tidak boleh pertikaikan adalah al-Quran dan sunah, itu tidak boleh pertikai... satu ayat pun kita tidak boleh pertikai, kalau kita pertikai akidah kita boleh terjejas.“Jadi dalam isu Jais ini, kita tidak pertikaikan pun cuma kita nak dengar penjelasan... apa salahnya? Islam adalah agama hujah, hujah atas fakta dan dalam isu ini kita bukan pertikai tapi mahukan penjelasan,” katanya kepada The Malaysian Insider.Tegas beliau, PAS tidak akan berkompromi sekiranya benar wujud kegiatan memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di Gereja Methodist Damansara Utama (gambar).“Kalau betul ada usaha untuk memurtadkan umat Islam, kita akan sokong (tindakan).“Apa salahnya kalau kita mahukan penjelasan, kita bukan pertikai, cuma nak jawapan mengenai apa yang berlaku... sebab itu kita bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama,” katanya sambil menambah, kontroversi semasa ini boleh diselesaikan tanpa melibatkan Sultan Selangor.Tambah Abdul Rani: “Kalau boleh selesaikan di (peringkat) bawah, tidak perlu dibawa ke Sultan Selangor.”
Kalau betul la diorang nak penjelasan mengenai perkara tu, kenapa tadi Tuan Ibrahim mempertikaikan video pemeriksaan JAIS yang didedahkan oleh blogger sebelum ini?
Dia nampak gayanya tak setuju sangat video itu disiarkan kepada umum dan cuba mengaitkan UMNO dalam pendedahan tersebut. Tengok artikel Semut sebelum ini.
Itu persoalan pertama. Yang keduanya, siapa kata tak de pemimpin PAS yang mempertikaikan tindakan JAIS sebelum ini?
Bukan ke Si Khalid Gereja tu yang mula - mula mempertikaikan tindakan JAIS yang dia sifatkan sebagai menghina Gereja tersebut?
Kata Si Khalid Gereja tu, tindakan JAIS yang membuat pemeriksaan secara mengejut itu melanggar hukum syarak.
Kalau dakwaan itu bukan mempertikaikan tindakan JAIS, kita nak kata apa lagi? Dah jelas sangat dah Si Khalid Gereja tu yang mula - mula mempertikaikannya.
Apa, Si Abdul Rani ni tak nampak ke benda tu? Atau dia tak tau pun cerita mengenai perkara tersebut? Atau dia saja - saja buat tak nampak?
Dan persoalan yang ketiga mengenai Islam sebagai agama berhujah yang berdasarkan fakta serta penjelasan daripada pihak yang terlibat.
Kenapa dalam isu ini sahaja Islam tu jadi agama hujah? Kenapa dalam isu Bersih tempoh hari perkara seumpama ini tidak dilaksanakan?
Kenapa tuntutan yang dibuat dalam Bersih 2.0 tidak dihujahkan dengan fakta bagi mendapatkan penjelasan?
Kenapa mereka menggunakan kaedah konfrantasi dengan mengadakan demonstrasi jalanan bagi menyelesaikan masalah tersebut?
Nampak sangat apa yang Dr. Abdul Rani ni hanya sekadar nak menutup aib dan pekung yang telah dibuat oleh PAS semata - mata.
Alasan - alasan yang diorang bagi pun hanya sekadar nak menegakkan benang mereka yang dah basah tu sahaja.
Diorang dah sah kantoi kerana tidak berani untuk membuat sebarang pendirian kerana takut kehilangan undi dalam pilihan raya yang akan datang. Bukan nak menegakkan Islam sangat pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.