Tak tau la sama ada ini berita baik atau tidak buat semua anak muda yang ada kat luar sana. Mungkin dunia sekarang ni memang suka benda - benda baru kot.
Jadi sebab tu la Cik Ita kita ni pun suka pada jejaka yang lebih muda dari dia. Untung la sapa yang jadi pilihan dia nanti ek.
Bukan saja dia dapat isteri yang cantik, malah dapat bonus 2 orang lagi. Hebat, hebat. Boleh tahan jugak 'selera' dia ek. Macam - macam.
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Pelakon jelita, Rozita Che Wan (gambar), 37, mengakui dia lebih cenderung untuk memilih lelaki bujang yang muda sebagai calon suami.
Beliau berpendapat, lelaki muda tidak bersikap dominan seperti lelaki yang berusia yang lebih suka mengawal dan mahu wanita menurut segala kata mereka.
"Lelaki muda tidak suka mengarah kita sedangkan yang berusia, mereka lebih suka mengarah. Itulah yang membuatkan saya tidak terpikat lelaki berusia.
"Tetapi itu tidak bermakna saya tidak boleh terima atau ikut arahan. Dalam hal-hal tertentu, saya seorang yang mengikut kata.
"Sejak sembilan tahun menjadi ibu tunggal, saya membuat keputusan sendiri dan tidak perlu kehadiran lelaki yang bersikap dominasi dalam segala hal," katanya.
Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya semalam yang disiarkan dalam berita pukul 6 petang di stesen radio Sinar FM tentang kecenderungannya memilih lelaki bujang muda berbanding lelaki berusia.
Beliau yang baru sahaja menamatkan penggambaran drama rantaian 13 episod berjudul Biarlah Rahsia tanpa berselindung berkata, satu lagi faktor yang memikat hatinya terhadap lelaki muda ialah sikap mereka yang matang.
"Dalam hubungan, saya pentingkan kematangan seseorang lelaki itu. Apa salahnya jika usianya lebih muda tetapi dia matang dalam tindak tanduknya, bukan kebudak-budakan.
"Lelaki muda yang dekat di hati saya, dia ada keberanian. Tidak seperti lelaki yang berusia. Walaupun mereka ini meminati saya tetapi hanya berani cakap. Takut untuk mengorak langkah," kata ibu kepada Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 13, itu. - Sumber Utusan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.