Rabu, Ogos 24, 2011


Hek eleh!!! Manja sangat la pulak Senator Ezam Mohd Noor ni dengan pihak Polis ye. Kalau dulu, bukan main lagi dia bertempur dengan Polis waktu zaman reformasi.

Tapi itu dulu la. Sekarang ni, pantang 'lepa' sikit, report Polis. Buat aduan dan sebagainya. Tapi bagus jugak ada orang yang manja dengan Polis macam YB Ezam ni.

Sekurang - kurangnya, ada jugak orang yang berani ambik tindakan terhadap pengkhianat - pengkhianat Negara tu.


Jangan diorang ingat Negara Malaysia ni tak de undang - undang dan diorang boleh buat apa sahaja sesuka hati diorang.

Jadi pihak Polis pun perlu la ambik tindakan. Nak tunggu apa lagi? Bukti semua dah ada. Sumbat je manusia musibat macam Si Khalid Gagap ni ke dalam lokap. Biar Padan Dengan Muka Dia!!!

AIDCNews - 24/08/11: Sebuah pertubuhan NGO Selangor GAPS dan Senator Ezam Mohd Nor telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, jam 3 petang tadi.
Laporan polis dibuat ekoran tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan telah menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Semalam, Abdul Khalid dalam kenyataan medianya menyebut, Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap JAIS terhadap DUMC di Petaling Jaya pada awal bulan ini.
Menurutnya, majlis penasihat syura itu akan dianggotai Mufti Selangor dan Timbalannya, Datuk Abd. Majid Omar yang berperanan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor selain mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara.
Namun, kenyataan Menteri Besar itu dinafikan oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menyatakan baginda menyatakan rasa amat terkejut dengan kenyataan Menteri Besar itu dan menganggap perkara itu adalah tidak benar.
“Apa yang berlaku ialah Menteri Besar Selangor telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor mengenai hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan DUMC bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu pemeriksaan oleh JAIS di gereja tersebut pada hari Rabu, 3 Ogos lalu. Beliau bercadang untuk membawa bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor”, katanya.
Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Menteri Besar memanggil pihak gereja bersama dengan Mufti Selangor, tetapi baginda menasihatkan supaya timbalan mufti dijemput sekali untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.
“Oleh yang demikian, isu tentang Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan Negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar.
“Pendirian Sultan Selangor berkaitan dengan majlis penasihat syura atau pun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor”, katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping