Khamis, Ogos 25, 2011


Halamak!!! Semut mohon maaf la sesangat kerana lambat menyiarkan artikel ni. Tapi demi perjuangan, Semut paparkan jugak buat tatapan semua orang.

Sebelum tu, Semut nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua blogger yang memainkan isu pasal Lynas ni malam tadi.

Sekarang dah terbukti bahawa Si Fuziah 'Reaktor' tu dengan sengaja menyelewengkan fakta mengenai isu Lynas ni.

Bukan orang UMNO yang kata macam tu. Bukan kenyataan daripada mana - mana NGO yang menyokong pembinaan kilang tersebut. 

Tetapi ianya keluar dari mulut salah seorang ahli Parti yang menjadi komponen kepada Pakatan Pembangkang tu sendiri yang cakap.

Kata Dr. Che Rosli Che Mat yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Selangor menyatakan bahawa puak - puak Anti Lynas itu sengaja nak menakut - nakutkan rakyat je sebenarnya.
“Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”
Selain itu, Dr. Che Rosli juga kecewa dengan kenyataan Fuziah yang mengecam kredibiliti Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) yang telah membuat kajian ke atas kilang tersebut.

 “Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”
Dengan kenyataan tersebut, Semut yakin lepas ni pasti ada pihak yang akan berbunyi dan menyatakan bahawa Dr. Che Rosli ni dah kena bayar.

Mungkin jugak dia akan dipanggil oleh Jawatankuasa PAS Pusat kerana membuat tindakan yang bertentangan dengan perjuangan Pakatan Pembangkang.

Perkara ni tak mustahil akan berlaku. Sama la keadaannya dengan Datuk Dr. Hassan Ali sebelum ini yang berani bangkit memperjuangkan Islam. Pun kena tindakan jugak.

Kalau Kebenaran pun diorang nak halang, jadi apa lagi ada dalam perjuangan Islam PAS? Dah jelas sangat Si Fuziah 'Reaktor' tu memang kuat menipu. Itu je la kerja yang dia tau buat pun!!!

Ps: Ini baru bahagian 1. Tunggu malam esok pulak untuk bahagian 2.


Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping