Tak sangka betul Semut tengok Tan Sri Harusani ni. Dia berani bagi pukulan maut kepada Ketua Penerangan PAS Pusat yang tak berapa jelas tu depan orang ramai.
Sebelum itu, Pak Berahim ni kata, UMNO layan Ulama macam terompah kayu. Dia kata UMNO hanya guna ulama ni bila perlu je. Bila tak perlu, diorang tak pakai ulama ni.
Padahal, hakikat sebenarnya, PAS lebih banyak yang tak menghargai ulama kerana mereka jelas mengenepikan golongan tersebut didalam parti mereka sendiri.
Lihat sahaja keputusan didalam Mukhtamar PAS yang diadakan baru - baru ini bila golongan yang Pro Ulama seperti Nasarudin Mat Isa disingkirkan oleh Si Mat Sabun.
Apa kelayakan yang Si Mat Sabun tu ada dalam ilmu agama kalau nak dibandingkan dengan Nasaruddin Mat Isa? Macam mana dia layak untuk jadi Timbalan Presiden?
Jika benar PAS menggunakan Ulama untuk menyebarkan syiar Islam, kenapa sampai hari ini, mereka sendiri GAGAL mengekang agenda memurtadkan orang Islam?
Kenapa mereka banyak berdolak dalih dalam isu yang berkaitan dengan akidah umat Islam jika ianya tidak kerana takut hilang undi dari golongan bukan Islam?
Hal ini dapat dilihat dengan jelas bila PAS GAGAL secara total untuk mempertahankan Datuk Dr. Hassan Ali dalam isu arak di Selangor.
Dalam wacana Ulama Untuk Dakwah Atau Parti yang diadakan hari ini, paling menarik perhatian ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Besar Perak itu.
Kata Tan Sri Harusani, bagi dirinya, sikap berparti ini tidak akan menguntungkan sesiapa. Ianya hanya akan mewujudkan perpecahan semata - mata.
Apa yang dilihat, ulama yanga da pada hari ini hanya pandai tuduh menuduh diantara satu sama lain dan memberikan gelaran yang bukan - bukan.
Jelas beliau ulama sepatutnya membawa umat Islam dekat dengan Islam bukan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.“Saya tengok gelar-menggelar adalah satu perkara yang haram tapi saya tengok ramai ulama dalam tazkirah kutuk orang lain ulama patut bawa orang dekat dengan IslamKalau kutuk-mengutuk itu bukan ulama tapi syaitan ” katanya.
Hah!!! Kan tak pasal - pasal je Pak Berahim tu kena 'tampar' depan orang ramai. Dia tak sedar yang selama ni Ulama PAS la yang paling banyak memberi gelaran kepada orang lain.
Bukan dengan orang Politik dan pemimpin Negara sahaja yang diberi gelaran yang bukan - bukan oleh PAS dalam setiap ceramah yang mereka adakan.
Malah Mufti Perak itu sendiri pun pernah digelar sebagai Syaitan Bercakap oleh Bekas Ketua Pemuda PAS Perak sendiri. Sekarang dah kena pada batang hidung sendiri, baru Padan Muka dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.