Jumaat, Ogos 26, 2011


Fuh!!! Tak tau pulak hidup Semut selama ni dibiayai oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Khas atau lebih dikenali sebagai JASA ni.

Rasanya, selama ni, Semut tak pernah merasa walau seposen pun duit orang JASA bagi. Jadi, dari mana pulak sumber dakwaan yang Si Hata Wahari ni dapat?

Kat mana dia ceduk 'fakta' yang mengatakan bahawa blogger Pro UMNO ni dibiayai oleh pihak JASA? Kata dia, semuanya berlandaskan fakta. Jadi 'fakta' mana yang dia cakapkan tu?

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.

Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.

Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.
Disebabkan kenyataan diatas, Semut cabar Si Hata Wahari ni kemukakan bukti dan fakta berkaitan dengan dakwaan tersebut.

Itu pun kalau dia berani la. Kalau dia jenis macam Si Ketua Penipu tu yang hari - hari suka buat dakwaan tapi bila mintak dibuktikan, kecut telur, baik tak payah.

Semut suruh budak sekolah tadika pun boleh buat dakwaan macam tu. Pun ada hati lagi dia nak kata blogger ni buat tuduhan liar?

Kalau berani, tunjuk bukti la brader!!! Jangan main cakap je. Entah - entah dia yang dapat duit tajaan puak - puak Pakatan Pembangkang tu, lagi nak tuduh orang pulak!!!

Kalau tak percaya, cuba siasat. Tengok, dari mana dia dapat sumber kewangan untuk dia menubuhkan syarikat akhbar dia tu. Jangan tuduh orang je pandai. Kang kena muka sendiri, Baru Padan Muka!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping