Isnin, Ogos 29, 2011


Suatu ketika dulu, Mat Sabun dan Biawak Guan Eng ni pernah kongsi bilik tahanan ISA katanya. Dari situ la diorang berkenal secara rapat macam adik beradik.

Tapi itu pun diorang masih tak sedar diri lagi. Masih jugak diorang sibuk - sibuk nak buat kecoh dalam Negara ni dengan agenda komunis diorang.

Entah - entah, diorang memang dah berpakat nak membangkitkan semula perjuangan komunis di Negara ni sewaktu dalam tahanan dulu tak?

Mungkin sebab itu jugak la Si Mat Sabun ni sibuk sangat nak menaikkan nama pejuang  komunis sebagai hero dan bukannya pasukan Keselamatan yang mati di Bukit Kepong.

Memang patut sangat dah dia dihumban semula ke dalam lokap dan dikenakan tahanan ISA. Jadi, tunggu apa lagi? Siap - siapkan la katil dan bantal untu Si Mat Sabun ni datang nanti.

SHAH ALAM 28 Ogos - Sebanyak 20 laporan polis dibuat bagi mendesak Mohamad Sabu disiasat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung kenyataannya yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar tragedi Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sebelas laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada sebelah pagi, tujuh laporan dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini petang ini dan dua lagi dibuat di IPD Klang Selatan dekat sini.

Laporan di IPD Shah Alam dibuat oleh UMNO Bahagian Shah Alam yang diwakili Pergerakan Pemudanya diketuai Azhari Shaari dan disertai 11 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya, Persatuan Belia 19 Bersatu, Persatuan Belia Tujuh Utara dan Persatuan Belia Kampung Kuantan Selatan.

Sementara itu, laporan di Balai Polis Seksyen 6 dibuat oleh tujuh anggota Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) diketuai Presidennya, Hamidzun Khairuddin dan laporan di IPD Klang Selatan dibuat oleh UMNO Bahagian Klang serta sebuah NGO.

Menurut Azhari, ceramah yang dibuat oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah membangkitkan sentimen kebencian dan perkauman terhadap pasukan polis yang telah berkorban nyawa dalam peristiwa berdarah tersebut.

Sehubungan itu, pihaknya dan 11 NGO lain meminta polis menyiasat kenyataan Mohamad Sabu itu mengikut Akta Hasutan dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya termasuk ISA.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadab dan menghina oleh Mat Sabu itu. Kenyataan yang amat dangkal serta buta sejarah ini sangat keji dan hina di kala rakyat negara ini ingin menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 tahun," katanya kepada pemberita selepas selesai membuat laporan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamidzun pula berkata, Mat Sabu telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menipu fakta sejarah dan memartabatkan perjuangan komunis.

"Saya berpendapat kenyataan Mat Sabu ini boleh menyebabkan rakyat keliru dan sangat marah. Sentimen menjadikan komunis sebagai hero boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat di negara ini.

"Ia juga boleh mengundang kacau bilau, huru-hara dan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini. Jadi saya berpendapat Mat Sabu telah melakukan kesalahan di bawah ISA, Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan undang-undang lain yang berkaitan," katanya.
Categories:

2 ulasan:

  1. Humban jer mat sabun tu dalam ISA.. biar main sabun puas-puas & tak kacau bini orang lagi

    BalasPadam
  2. lagi pun dia kwn si B.A.B.I(bro anuar bin ibrahim)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping