Nampak gayanya, Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga menggelarkan dirinya sebagai Ulama Terompah Kayu ni dah semakin biadap.
Dia yang selama ni suka mendabik dada dan gah kononnya menjadi pejuang Islam, akhirnya mengakui bahawa menipu itu adalah satu ibadah.
Kalau semalam, bukan main lagi dia mengutuk UMNO kata UMNO mengenepikan Ulama dan sebagainya. Tapi kalau ulama yang suka menipu macam dia ni, nak buat apa?
Dalam Buletin Utama malam semalam, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat mendedahkan bahawa Si Fuziah 'Reaktor' tu jelas telah menyelewengkan fakta.
Kata Che Rosli, apa yang dibuat oleh Fuziah dan kumpulan anti Lynas itu hanyalah untuk menakut - nakutkan rakyat disekitar kawasan Gebeng serta Kuantan sahaja.
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."
"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."
“Penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.”
Itu yang dijelaskan oleh Dr. Che Rosli. Tetapi kenyataan tersebut disangkal oleh Pak Berahim yang memperjuangkan Islam kita ni dengan kenyataan berikut:
"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," – Acum Tuan Ibrahim kepada Harakah.
Yang dirujuk oleh Dr. Che Rosli tu adalah Ketua Penerangan PAS yang lama. Pak Berahim baru duduk kerusi Ketua Penerangan 2 bulan.
Takkan itu pun Pak Berahim ni tak tau? Jangan la buat muka tak malu. Isu Lynas ni dah bangkit sejak awal tahun. Bukan baru sekarang dia timbul. Kata Pak Berahim lagi:
"Malah berdasarkan kenyataan penduduk di kawasan itu, sekiranya Dr Che Rosli yang bersetuju dengan projek itu, jangan sekali-kali dibina di kawasan mereka, tetapi bawalah projek nuklear Lynas itu ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri”
Lihat bagaimana seorang Ulama kononnya nak memperjuangkan Islam sanggup mengenepikan Kebenaran dengan mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Adakah dengan cara itu dia ingat dia dapat menegakkan syiar Islam? Adakah dengan cara berbohong itu dibenarkan dalam Islam? Adakah itu caranya bagi seorang Ulama untuk berdakwah?
Hanya semata - mata nak jaga hubungan dengan PKR, Pak Berahim kita ni sanggup buat apa sahaja. Malah dia sanggup menipu demi kepentingan Politik. Bak kata orang, bagi PAS, Menipu Ini Memang Satu Ibadah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.