Kalau sebelum ni, diorang sibuk tuduh Kerajaan Barisan Nasional ni kejam terhadap rakyat Malaysia. Tapi dalam keadaan sekarang, diorang lagi kejam.
Bukan setakat dengan orang dewasa je diorang kejam. Malah sampai ke pelajar - pelajar pun diorang seksa jugak.
Semalam, kecoh pasal cerita Naib Canselor UniSel yang yang letak jawatan sebab ada campur tangan Politik dari pihak Kerajaan Khalid Gagap.
Hari ni, isu Asrama Yayasan Selangor pulak dijadikan persoalan oleh rakyat Negeri. Seksa hidup pelajar yang tinggal kat asrama tu. Tak kejam lagi ke namanya kalau macam tu?
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan di sini dipercayai untuk menambah aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan menyebabkan nasib 463 pelajar asrama berusia 32 tahun itu menjadi tanda tanya.
Apa yang lebih membimbangkan, pelajar tersebut tidak diberikan jaminan penempatan lain sekiranya asrama yang menempatkan pelajar luar bandar di Selangor itu dirobohkan.
Malah Utusan Malaysia juga difahamkan, tiada perancangan alternatif atau asrama baru yang akan dibina untuk menempatkan kumpulan pelajar berkenaan.Wakil Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin berkata, tindakan tergesa-gesa yayasan membuktikan kerajaan Selangor mempunyai agenda tertentu di sebalik tindakan mahu merobohkan asrama berkenaan.
Lebih mengecewakan, katanya, kerajaan negeri serta pihak Yayasan Selangor seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dalam hal itu.
"Mereka hanya memaklumkan perkara ini kepada kami bulan lalu. Mereka memberitahu kami bahawa asrama tersebut yang telah melahirkan ramai golongan pelajar berjaya akan dirobohkan pada 31 Disember ini.
"Apabila kami bertanyakan nasib pelajar yang masih menetap di asrama itu, mereka tidak memberi sebarang jaminan penempatan lain. Malah ada juga cadangan supaya pelajar tersebut dihantar pulang dan bersekolah di kampung halaman masing-masing," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pintu masuk asrama itu sini hari ini.Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1979 bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih sekitar Lembah Klang.
KONON kata nak menaikkan taraf pendidikan rakyat di dalam Negeri. Yang ni, nak menaikkan taraf pendidikan menda kejadahnya?
Kalau bercakap, macam dia sorang je yang pandai, orang lain bodoh belaka. Tapi hakikatnya, dia tak sedar yang dia tu bodoh sombong. Cakap tak serupa bikin!!! Macam sial!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.