Isnin, Oktober 31, 2011



KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert Elton John di Genting Highlands akhir bulan depan.
Sambil menganggap pandangan Asri sebagai “belum mengenali Pemuda PAS”, Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.
“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.
“Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini selepas menutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.
Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.
Asri yang kini bertindak sebagai felo penyelidikan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) dipetik berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.
Beliau turut menasihatkan parti Islam itu “jangan tiru Taliban”, sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.
Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Pahang membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan John di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November ini kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.
Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.
John, 64, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.
Dalam kenyataannya Nasrudin juga menegaskan, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.
Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.
“Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut. Sebab itu saya cadang beliau (Asri) ambil masa turun ke medan sekali dengan Pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin,” katanya.
Nasrudin juga meminta bekas mufti itu membuktikan di mana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi itu.
Ps: Halahai!!! Apa kejadah la puak - puak PAS ni ye. Orang tegur pun salah. Maksum sangat dah ke diorang ni sampaikan lansung tak boleh ditegur?
Adakah salah Dr. Asri tu tegur diorang dan menasihati diorang agar tidak jadi macam Taliban? Ke diorang terasa pedas? Kalau terasa pedas, siapa suruh makan cili.
Lain kali nak buat bantahan pun, fikir la dulu. Jangan Retorik. Jangan 'double-standard'. Kata nak menegakkan Islam. Islam pun Adil. Tapi kalau dah tak boleh ditegur lansung, menda kejadahnya!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. pas bukannya golongan yang cerdik...hanya tahu kritik

    BalasPadam
  2. 10.45 PTG
    Setuju sangat - sangat dari hingga ke akar umbi

    BalasPadam
  3. golongan akhir zaman yang diperkata...

    BalasPadam
  4. Dulu dikelantan sebarang bentuk hiburan diharamkan.Majlis yang melibatkan pergaulan lelaki dan wanita diharamkan.Sekarang sudah dihalalkah pulak?Jom heboh dan 2 tahun dibenarkan di kelantan.Di tempat Jom heboh lelaki dan wanita tidak diasingkan.Pergaulan remaja lelaki dan wanita di jom heboh amat keterlaluan..Apa dah jadi dengan Hukum Islam Pas ni sekejap boleh sekejap tak boleh...Sepatutnya pemuda Pas yang berserban tu membantah Jom heboh di kelantan kerana yang hadir dok ambil kesempatan kebanyakkannya adalah remaja lelaki dan wanita beragama islam.Budaya berhibur cara ni lebih bahaya dari tengok konsert di genting.Remaja lelaki dan perempuan ni lepas Jom heboh dia dan pasangan dok jom heboh kat lain pulak...ada chan sebab bagi tau mak bapak nak gie jom heboh yg disokong oleh kerajaan Pas.Ada berlaku maksiat sapa nak tanggung dosanya..tak pasal=pasal aku yang dok undi pas dapat saham dosa sekali,...

    BalasPadam
  5. Apa yang PAS semuanya betul dan boleh [mengikut lunas Islam...
    Apa yang orang lain buat semuanya salah.....
    Inilah PAS.....
    Kalau lata Taliban pun apa salahnya...apa makna dan maksud Taliban tu...Ustaz Nasruddin tentu fasih berbahasa Arab.....jangan tunjuk bangang...yang Ustaz Asri kata, jangan ikut perangai Taliban.....salah ke....kena belajar ilu tafsir dan mantik lagi nampaknya ustas Nas....

    BalasPadam
  6. PAS sepatutnya tak boleh cepat melatah..
    mane2 pihak ade buat silap. kalu dah silap mengaku je la dan perbaiki.. hanya nabi sahaja bersifat maksum.. kena terima hakikat tersebut

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping