Haih!!! Lain macam pulak definasi Datuk Ibrahim Ali terhadap PAS ni. Selalu kita dengar PAS ni Parti Angguk Saja sebab memang itu je la kerja diorang pun.
Lain tak de, asyik mengAnggukkan apa sahaja yang disuruh dan diarahkan oleh DAPigs dan PKR kepada mereka tanpa sebarang banyak soal.
Tak kurang jugak diorang ni turut dikenali sebagai Parti Ajaran Sesat sebab suka sangat keluarkan 'Fatwa' yang bukan - bukan.
Ada pulak. Kalau undi PAS boleh masuk syurga. Undi Barisan Nasional, masuk Neraka. Tak pun, undi Barisan ni HARAM hukumnya. Undi Pakatan HALAL.
Tak ke sesat namanya tu? Dah la suka sangat mendabik dada mengatakan yang diorng ni pejuang Islam. Menda yang diperjuangkan, entah la.
Sampai hari ni, tak nampak pulak apa benda yang diorang pejuangkan untuk Umat Islam. Jadi mungkin tak salah apa yang dikatakan oleh Tok Him ni.
Diorang ingat, sekarang ni ramai sangat orang yang menyokong diorang agaknya. Kalau ramai, kenapa diorang kalah dalam setiap Pilihan Raya Kecil yang diadakan?
Itu sahaja sudah membuktikan yang diorang ni tak diterima oleh rakyat. Waima di kubu kuat mereka sendiri. Jadi tak payah la nak sombong tak tentu pasal!!! Sedar - sedar la diri tu sikit!!!
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu angkuh dan bongkak dalam politik.Menurutnya, keangkuhan pemimpin parti itu semakin terserlah sehingga kononnya mampu meramal siapa calon yang akan menang pada pilihan raya umum (PRU) nanti."Pada PRU 2004, Pas kata mereka boleh menang besar tetapi (kemudiannya) hanya (menang) nyawa-nyawa ikan dengan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)."Selain itu, pada PRU 2008, Pas tidak tahu akan berlakunya tsunami politik. Kalau Pas tahu, mereka tidak akan beri laluan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.Tambah Ibrahim, beliau ingin menasihatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu bongkak dan takbur kerana akhirnya akan terbujur."Sama-sama kita tengok, kalau ada umur yang panjang, siapa yang akan terbujur," ujarnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.