Selasa, November 22, 2011

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia membuat satu lagi pembohongan - mengenai isu air semalam - untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.
“Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia (Mingguan Malaysia) ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.
“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta,” kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook sebentar tadi.
Sehubungan itu Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS berkata, “nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak.”
“Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah.
“Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT,” kata beliau lagi mengulas laporan muka depan Mingguan Malaysia, akhbar edisi keluaran Kumpulan Utusan semalam.
Ps: Mungkin bagi Si Wali Terompah ni, isu berkaitan dengan bekalan air kepada rakyat tidak sepenting isu lembu gamaknya.

Alasan dan jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan ni sebenarnya cukup mengecewakan rakyat di Negeri Kelantan sendiri.

Ini disebabkan dia lebih mementingkan isu lain selain daripada isu bekalan air bersih ni. Jadi, dia nak kata yang dia jaga kebajikan rakyat menda kejadahnya?

Mungkin dia sendiri tak sedar yang dia sekarang pun masih lagi menzalimi rakyat Negeri dia sendiri dengan tidak mengambil tindakan terhadap isu air ni.

Apakah doa rakyat - rakyat Negeri yang dizalimi itu tidak diambil kira oleh Si Wali Terompah ni? Adakah doa mereka akan ditolak oleh Allah S.W.T juga?

Inilah masalah sebenar puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Bila dah salah tu tak nak jugak mengaku. Masih jugak diorang nak salahkan orang lain.

Kalau dah dasar tak sedar diri tu, memang susah la nak cakap apa pun. Tapi jangan nanti dah terantuk muka sendiri ke dinding lepas tu baru nak terngadah sudah la!!! Masa tu malu muka sendiri je la ye!!! Jangan salahkan orang lain pulak!!!
Categories: , , ,

7 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Isu lembu tu dia tak disumpah oleh rakyat... tapi kalau isu air tu kena kat batang hidung dia sebab dah bagi duit pun lembu2 peliharaan dia tak tahu nak buat kerja... Duit entah kemana, air sama aje... entah2 lembu minum air pun boleh dapat penyakit... Inilah kalau suka sangat memutar belitkan ayat Al Quran... kalau berdoa tanpa usaha pun ALLAH swt tak ada makbulkan doa tu...

    BalasPadam
  2. Kesian org kita asyik kena tipu mcm tahun 70an. Kandungan e-coli dlm air di pahang, perlis, n9, perak jauh lebih teruk, kelantan jugak yg di hina. Apa ingat sumber maklumat kini dihujung jari ni boleh ke kita senang2 nak perdayakan org. Org UMNO akan terima apa saja, tapi org lain dr UMNO org yg suka mmbaca banyak bahan. Sebab tak yakin dgn propaganda. Kalau nak tahu buka google type je 'kandungan e-coli', nanti tau la di mana. Itupun kalau nak tahu perkara sebenar la. tapi kalau hati pun berat nak menipu atau takmau yg elok, maka teruskan la kerja anda.

    BalasPadam
  3. Tak payah cakap banyak... sesapa yang pernah duduk kat Kelantan dia tahu lah macamana keadaannya...
    Memang pengurusan air di Kelantan terukKK...

    BalasPadam
  4. Kerajaan Negeri pimpinan parti PAS telah GAGAL dan memalukan ISLAM itu sendiri.

    Selama 20 tahun, segala janji diberi tapi berapa yang ditepati. Salah satu sifat munafik adalah memungkiri janji.

    Kalau bukan sebab rasuah, sebab apa lagi...

    Sibuk sangat berpolitik sampai lupa tanggungjawab terhadap rakyat..

    Tok guru pun dah tua dan tak larat... pencen lar kasi orang lain yang berwibawa..

    Takkan dalam PAS hanya Tok guru je yang boleh jadi MB...

    BN pon dah tukar PM sampai 4 kali dah..

    BalasPadam
  5. anon 9:10, saya kagum dengan kebijakan anda dan teman-2 seperjuangan kita dlm PR. Begitulah cara berfikir dan bertindak yang sepatutnya. Jika ada org pertikai kelemahan kita, maka kita hanya perlu tunjukkan kelemahan orang lain yang lebih teruk dari kita. kalau org kata kita jahat, maka kita adukan kejahatan org lain ada yang lebih teruk dari kita (itulah yang dikehendaki dlm agama?). Umpama jika ada penyangak matawang yang rosakkan ekonomi kita, kita tidak berupaya menunding jari, tak mengapa, kita ada cara lain, iaitu kita boleh maki mereka habis-habisan.... selesai masaalah, ye tak?. inilah antara kebijaksanaan pemimpin kita dalam PR. Harap PR akan menang dlm PRI 13.... Takbirrrr.
    bijak... bijak....

    BalasPadam
  6. Ya... doa adalah senjata mukmin, maka TG telah memberi amaran kpd k'jaan untuk melancarkan doa jika k'jaan berterusan membuka keburukan TG. Begitulah cara tindakan seorang yang warak jika ditindas. Cuma sayang sedikit TG, umpama bermain perang lumpur disawah (yang bercampur dgn tahi kerbau), bila rasa nak kalah, kita naik untuk terus bersolat tanpa membasuh lumpur. Solat kita sangat panjang dan doa pun begitu panjang, tapi kita hairan kenapa doa masih tak makhbul.... fikir2kanlah. tips... Dalam islam, yang haram jelas haram dan yang halal jelas halalnya, tidak boleh bercampur. kalau bercampur, maka akan ditolak seluruhnya.
    berbohong kerana hudud, untuk laksana hudud, konon kerana tuntutan agama, bolehkah Allah merestui perlaksanaan Hudud tersebut? nak pergi Haji tapi guna duit judi, boleh diterima kah?

    BalasPadam
  7. Anon 9.10, isu sekarang ni bukan hanya e-coli. Saya bersetuju dengan saudara yang mengatakan sample air dari negeri lain juga mengandungi e-coli yang yang lebih tinggi dari Kelantan. Isu utama sekarang ialah isu bekalan air itu sendiri. Ramai penduduk Kelantan tidak mendapat bekalan air yang sempurna, bekalan air terputus serta ada paip tapi langsung tiada air.

    Negeri lain di bawah pemerintahan BN kurang mengalami masalah air seperti yang dialami oleh Kelantan. Oleh itu isu e-coli bukanlan isu sebenar. Saya akui akhbar Utusan mungkin memperbesar2 isu ini tapi apa kurangnya dengan media pakatan yang bukan sahaja membesarkan isu tetapi memfitnah tanpa bukti yang kukuh.

    Jadi kita kembali kepada persoalan pokok iaitu masalah bekalan air di Kelantan yang agak meruncing. Itu sahaja.

    akuantiPAKATAN.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping