Sabtu, Disember 24, 2011

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya mempertahankan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa walaupun kedua-duanya dikecam hebat oleh kepimpinan parti berkenaan.
Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menegaskan, pendiriannya masih tidak berubah terhadap kewibawaan serta kesetiaan Nasharuddin dan Hasan kepada Pas dari dahulu sehingga sekarang.
Malah beliau tetap berpendapat bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan masih diperlukan oleh Pas dan begitu juga sebaliknya.
“Sepertimana saya katakan sebelum ini, saya tetap berpendapat bahawa Pas masih perlukan Hasan dan Nasharuddin, begitu juga mereka masih memerlukan Pas.
“Ini bermakna kedua-dua belah pihak masih saling memerlukan antara satu sama lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai Hasan dan Nasharuddin yang kini menjadi sasaran beberapa pemimpin tertinggi Pas ekoran tindakan mereka yang menyentuh soal dasar perjuangan parti berkenaan yang didakwa sudah terpesong daripada landasan sebenar.
Ps: Ternyata, dalam kepimpinan PAS mereka memang suka meminggirkan suara - suara para Ulama. Maka sebab itu diorang angkat Si Mat Syabun tu jadi Timbalan Presiden.

Bagi diorang, orang yang macam Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa tu perlu diperangi habis - habisan. Manakala orang yang macam Mat Syabun tu pulak dijulang tinggi - tinggi.

Biar pun Hassan Ali dan Nasha Mat Isa tu merupakan ikon Ulama. Tapi bagi diorang, orang yang lantang bercakap sesuka hati dan maki hamun tu perlu didahulukan.

Biar pun Si Mat Syabun Komunis Penipu tu dah banyak kali menyusahkan orang, diorang tak peduli. Waima dia pernah ditangkap berkhalwat sekali pun, dia tetap maksum.

Adakah itu yang dinamakan sebagai perjuangan Islam bagi puak - puak Parti Angguk Saja ni? Korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Untuk melaksanakan Negara Berkebajikan PAS perlukan pemimpin2 yg 'otak kurang suku' macam Mat Sabu dan Mahfuz Omar.

    Takebeer.

    BalasPadam
  2. kesian bekas mb umno lembu anak jawa tok-tok...dah la kena penjara 1 tahun...harta kontroversi tu pon kena rampas...

    haiii...!!!! umno..!!!umno..!!!

    #################################

    OKLAH KENA PADA GENG KITAORANG, KITAORANG BOLEH TERIMA TAPI BILA KENA PADA KORANG JANGAN NAK MENGAMOK PULAK, TUNGGU AJA 9.1.2012 SAPA YANG KETAWA.. 16 HARI LAGI

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping