Ahad, Disember 18, 2011


Tahniah!!! Tahniah!!! Itu sahaja yang Semut nak ucapkan kepada Pak Timbalan Menteri yang selama ni nak sangat membela AUKU.

Tahniah jugak Semut ucapkan kerana dia sekarang dah jadi pembersih 'Najis' yang orang buat demi Politik Baru yang dilaung - laungkan.

Tahniah jugak la sebab dia berjaya mengaibkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tak lansung. Mungkin memang itu pun yang dia nak sangat kan.

Semut dah cakap dah hari tu. Apa sahaja yang berlaku selepas ni, Pak Timbalan Menteri yang kena bertanggungjawab. Sekarang, terima la padahnya.

Baru itu la dia terhegeh - hegeh nak cari maklumat, nak dapatkan laporan dan sebagainya. Orang lain punya taik, dia pulak yang kena bersihkan. Baru Padan Muka dia!!!
KUALA LUMPUR, 17 Dis — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mahu mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak-pihak terbabit berhubung dakwaan bahawa gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC diturunkan oleh peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) petang tadi. 
“Insiden turun naik bendera gambar DSN (Datuk Seri Najib Razak) di PWTC petang tadi. Saya telah hubungi penganjur minta keterangan. Saya juga hubungi pihak PWTC,” kata Saifuddin, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, menerusi mesej Twitter malam ini. 
ASPIRASI mengecam tindakan yang tidak matang dan memalukan oleh kumpulan pelampau mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai BEBAS. 
Berarak dan berhimpun menganggu kententetaman awam. Menjatuhkan maruah dan keintelekualan seluruh mahasiswa. 
Sekitar 100 mahasiswa universiti awam tempatan mengadakan demonstrasi di ibu negara kira-kira 2 petang dan menyerahkan memorandum kepada Suhakam. 
Kemudian kumpulan itu menuju ke PWTC yang menempatkan ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn untuk menyerahkan memorandum kepada wakil parti teras BN itu. 
Ps: Bukan setakat bendera tu diturunkan sahaja. Tapi siap dipijak - pijak oleh Mahasiswa ni. Semuanya hasil didikan Politik Baru Pak Timbalan Menteri tu jugak kot? 

Lepas ni gambar sapa pulak Pak Timbalan Menteri? Jangan sampai orang pijak dia pulak nanti sudah la. Kalau tiba masa tu, naya dia. baru betul Padan Muka!!!
Categories: , , ,

10 ulasan:

  1. gelar diri BEBAS tp tindakan mcm xbebas pun, mcm ada yg cucuk hidung je...belajarlah bg dpt ijazah dulu, lps tu bertandinglah xde sapa nak marah pun...

    BalasPadam
  2. UMNO akan dibunuh dari dalam. Dan orang dalam itu ialah ............. .

    BalasPadam
  3. Ya orang Dalam. Tetapi Najib tak buat apa pon !

    BalasPadam
  4. Awas DS Najib...ada orang pura2 sayang sama UMNO.
    Satu kaki dalam UMNO satu kaki lagi dalam Opis Anwar.
    Cari..jangan tak cari.
    UMNO nanti akan dihancurkan olih orang2nya sendiri yang pura2 sayang kat UMNO tapi tindak tanduknya melambangkang sebaliknya,
    Ini bukan kali pertama..mereka ada rangkaian dalam kerajaan,GLC..dalam UMNO ..yang kepalanya menuju ke Bukit Segambut...
    DS Najib diharap lebih tegas keatas puak2 ini..biarkan mereka berambus dari UMNO..tak akan jadi kudis pun..Ikuti langkah Tun dalam menghadapi puak celaka ini.

    Mahasiswa tu yangbingai2 tu,masuk U pun atas ehsan kouta bumi,tak yahlah tunjuk terer,baca surat khabar hari ini,65 % lepasan ijazah 2011 masih menganggur..antara sebabnya skor markah cukup2 makan..x fasih cakap omputih..

    Bila x dapat kerja salahkan kerajaan..yang korang ngok sangat dok demo sana sini pasal apa..kesian mak bapak kat kampung.ingatkan bolih menumpang senang..rupa2nya anak jadi keldai kat U..iNSAFLAH...

    BalasPadam
  5. Belum lagi mendapatkan segulong ijazah dah nak tunjuk belang, kononnya tak suka AUKU. Ingat, manusia memang bebas tapi kemana saja berantai. Rantai disini maksudnya undang2 dan tanpa undang2 maka kita tidak bertamadun. Peristiwa menurunkan bendera DS Najib adalah perkara kecil sebab dilakukan oleh mahasiswa yg menunjukkan sikap mereka yg kurang cerdik. Mereka ini senang sangat dipengaruhi oleh dalang2 yg berhati busuk bagaikan bangkai. Mereka ini tidak tahu erti berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberi mereka peluang untuk membangunkan diri, minda dan status mereka. Dalam erti kata lain, mereka ini KURANG AJAR !!! Itulah hakikatnya muka muka yg tak tahu malu ini. Orang2 macam ini harus di balas dengan kita balas dhn meludah ke muka mereka dan kerajaan blacklist mereka ini agar jangan jadi pecacai yg menikam belakang kawan. Teach these idiotic imbeciles a lesson that they will never forget; they deserve it for being such rowdy bunch of fools!!

    BalasPadam
  6. You have done a good Job..

    credit to Mahasiswa... Tiada Undi Untuk UMNO dan BN...

    BalasPadam
  7. klau mcm ni prangai org Malaysia,mcm mne nk mju.bahkan, mkin mundur,,ape kte pmimpin2 negara lain nti.ape masyarakat negara lain akn pandang pd msyarakat negara kita nnti..brfikir dulu sblm btndak..jgn buat ssuatu mngikut hati dan mmbuta tuli..

    BalasPadam
  8. kita kena ludah mahasiswa ni kan.. hehe ptui la bang.. http://www.youtube.com/watch?v=Ytpt_ykk5Z8

    BalasPadam
  9. waktu kerajaan BN memerintah, mahasiswa ni buat begini.
    nanti, waktu kerajaan PR memerintah, pasti ada mahasiswa lain buat lebih teruk lagi..
    ibarat hujan disiang hari bagini, belum tentu hujan dimalam hari sama dengan hujan di siang hari.
    sebab, waktu kerajaan PR nanti, mahasiswa bebas bersuara, "katanye"... maka ramailah, masuk U, tapi tak habis belajar. sibuk nak jadi pemimpin kononnye... kalau bagus, takpe.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping