Rabu, Disember 21, 2011


Semakin dekat dengan tarikh 9 Januari ni, Si Ketua Penipu tu sibuk ke hulu ke hilir mengadu domba dan menyebarkan fitnah tak tentu pasal.

Dah macam cacing kepanasan pun ada jugak Semut tengok Si Ketua Penipu tu sejak akhir - akhir ni. Dia memang yakin sangat yang dia akan ke penjara.

Jadi, sebab itulah dia buat kerja macam orang gila sekarang ni. Dan sebab itu jugak la, Semut akan terus mendedahkan isu berkaitan dengan Si Nurul Izzah ni.

Bukan apa. Biar semua orang dapat nilai sendiri, bagaimana buruknya sikap seorang Ahli Parlimen dari kalangan Pakatan Pembangkang ni buat kerja.

Kalau dia buat kerja bagus, takkan la ada pihak dikalangan ahli dia sendiri yang akan melemparkan dakwaan serta tuduhan seperti dibawah ni? Itu dikalangan ahli sendiri. Yang kita bukan ahli ni macam mana? Korang fikir la sendiri!!!
Sejak mula lagi nama Fahmi Fadzil tiba-tiba dimaklumkan kepada kami akan dilantik menjadi Setiausaha Politik YB, kami ternganga. Siapa budak ini? Kenapa dia tiba-tiba dilantik memegang jawatan yang amat penting dalam satu constituency seperti Lembah Pantai ini? Tidakkah YB Nurul tahu bahawa disebabkan YB Nurul sendiri bukan asal dari kawasan Kerinchi dan Pantai Dalam, maka eloklah melantik Setiausaha Politik dari orang yang ori dari sini.


Dan yang terbaik, lantikan itu tidak dibincangkan, tapi YB hanya maklum saja. Seperti Datuk Seri Anwar juga, YB mengambil tindakan diktator.


YB mengatakan bahawa YB mahu orang muda. 


Kenapa tak dilantik sahaja (pada masa itu) Azman, atau Fadzlie sekurang-kurangnya, untuk merapatkan saf dan menguatkan parti? Bukankah pada masa itu Azman adalah KETUA AMK CABANG dan KETUA AMK WILAYAH? Sebaliknya Azman diketepikan dan seorang budak PJ yang datang dari keluarga kaya dilantik, semata-mata kerana beliau petah berkata-kata. Petah sangatlah dia sampai terpaksa membodohkan diri dalam Twitter mintak maaf.


Kami ada membuat sedikit homework mengenai Fahmi ini ketika itu. Dan apa yang kami lihat sungguh menakutkan. Beliau rupanya pernah terlibat dengan gerakan simpati komunis dan berita ini tersebar luas dalam Internet. Apakah kesannya jika berita ini disebarkan dalam komuniti Melayu di Lembah Pantai?


Fahmi ini budak sosial aktivis orang kaya. Dia bergerak dalam dunia teater yang penuh dengan orang-orang yang rajin komen dalam Malaysiakini, dan kita semua maklum apa pandangan dunia mereka. Sedangkan kehendak dan keperluan majoriti penduduk Lembah Pantai lebih 'basic'. Dia mungkin seorang budak yang baik dan seronok dibuat kawan, tapi dia tak sesuai dijadikan Setiausaha Politik.


Saya dimaklumkan YB ada dimaklumkan perkara ini semasa berita perlantikannya dulu dibuat, tapi seperti biasa YB menganggap ini konspirasi Azman.


Saya ada satu soalan untuk YB? Sejak Fahmi jadi setiausaha Politik YB, berapa agaknya undi yang PR dapat hasil kerja dan kerana usaha Fahmi Fadzil?


Bandingkan pula agaknya berapa undi yang YB boleh dapat jika dulu dilantik seorang yang berasal dari sini dan bergelumang dengan ahli-ahli grassroots di sini sebagai Setiausaha Politik?


Tepuk dada, tanya sendiri. - Sumber klik kat sini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping