KUALA LUMPUR, 19 Dis – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengulangi pendiriannya bahawa kumpulan mahasiswa, yang didakwa menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno kelmarin, harus meminta maaf.Tegas beliau, soal perbezaan pendapat adalah perkara yang berbeza dan kumpulan itu harus meminta maaf kerana perkembangan menunjukkan mereka bersalah.“SMM/Bebas mesti minta maaf atas tindakan turunkan bendera. Nak beza pndapat bab lain, itu soal lain.Tapi bab bendera, anda salah,” kata beliau menerusi mesej Twitter petang ini.Terdahulu dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas)menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.Sebaliknya, pemimpin SMM dan Bebas, yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.Dalam satu lagi mesej Twitter kepada pemegang akaun @peterkhoon, Saifuddin berkata, “apa jua alasan (diberikan), menurunkan bendera adalah salah.”Dalam mesej susulan, Saifuddin juga berkata tindakan menurunkan bendera bukan politik baru.Beliau juga menjawab pemegang akaun @alifftarmizi bahawa AUKU merupakan undang-undang yang mengurus tadbir institusi pengajian tinggi (IPT).Katanya, “semua negara ada undang-undangnya. Yang nak dipinda ialah Seksyen 15 untuk membenarkan mahasiswa berpolitik.”
Ps: Walau apa pun caranya, Pak Timbalan Menteri perlu memikul tanggungjawab. Dia kena bersihkan arang yang dah diconteng pada UMNO.
Bukan sebab tak nak desak Pemuda atau sebagainya. Tapi sebab Pak Timbalan Menteri yang beria - ia nak sangat sokong bebudak yang tak kenang dek untung tu.
Jadi, sekarang ni, Pak Timbalan Menteri pikul la sendiri. Jangan pulak nanti Pak Timbalan Menteri nak salahkan orang lain. Sendiri cari pasal, sendiri kasi selesai la!!!
Sdra Semut Hitam
BalasPadamMohon izin masuk sini
SAifudin dah lama berniaga jual gunting dan selimut.
Sekarang dia nak buka di semua IPTA yang ramai anak melayu sebuah rantaian kedai jual gunting dan juga jual selimut dan jenama kedai nya ialah PLAYSAFE 1M ,yang dipatentkan olih
engage inclusive liberal Gen Y human rights civil liberties populist kelainan kreatif unconventional transformaci world view bapak vernakular penaung Dao Zhong.
new politiks new civil disobedience
Dapat lesen besar 1M.
arjuna waspada
changkat lobak.