Isnin, Januari 02, 2012


Wakaka!!! Korang mesti terguling atas lantai lepas korang baca artikel dibawah ni. Ini la bukti yang Si Nurul Izzah tu kata Polis ganas!!!
Sebaik balik menjalankan tinjauan bersama kru 666 di Bukit Malawati, Kuala Selangor pagi tadi, saya dimaklumkan berhubung demonstrasi pelajar di pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, Tanjung Malim, Perak.

Sebilangan mendakwa Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU, terbabit sewaktu meleraikan demonstrasi terbabit.

'Situation in front of the Main Gate of UPSI, students faced with the FRU. Apparently, arrests were made' - klik di sini.

Gambar di bawah disebarkan.


Malangnya berita itu kurang tepat.

Kumpulan berseragam di atas adalah anggota Light Strike Force, LSF,  dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Tanjung Malim. 

Mereka telah menjalani latihan LSF, ditugaskan untuk mengawal demonstrasi membabitkan kira-kira 50 individu bermula lebih kurang jam 1 pagi tadi.

Saya difahamkan, jika peserta demonstrasi lebih ramai dan sukar dikawal, IPD Slim River akan mendapatkan bantuan FRU dari Sungai Senam, Ipoh, Perak atau dari Pulau Pinang.

"Dia orang hanya ada 7 orang, naik satu Land Rover, kalau FRU satu troop membabitkan pegawai dan anggota seramai 30 orang," ujar sumber.

"Nampak seperti lebih kurang sama macam FRU?," soal saya.

"Memang, tetapi mereka dari LSF, topi dan pungkis sama tetapi seragam mereka berbeza berbanding seragam FRU," jelasnya.

Dilaporkan 15 lelaki dan seorang perempuan ditahan untuk proses dokumentasi di Balai Polis Tanjung Malim manakala 2 peserta dirawat di hospital. Pihak polis terpaksa bertindak kerana sebilangan daripada peserta demonstrasi cuba merempuh pagar universiti perguruan terbabit.

Cermin klinik berhadapan pintu masuk utama ke UPSI juga dikatakan pecah. Adam Adli dilaporkan ditahan, klik di sini.

Polis masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

KEMASKINI

"Mangsa tercedera bukan kerana dipukul oleh polis tetapi  sebab dia terlanggar cermin klinik sewaktu cuba melarikan diri," ujar sumber pada jam 12 tengah hari tadi.

Kini, kira-kira 50 orang masih lagi berdemonstrasi di hadapan Balai Polis Tanjung Malim.
- Sumber, klik kat sini.

Ps: Apa la nasib mangkuk ayun yang langgar pintu tu ye? Belajar je tinggi - tinggi, tapi bodoh nak mampos!!! Ingatkan berani sangat. Tapi bila nampak Polis, mula lari lintang pukang!!! Sampai cermin pun dah tak nampak. Baru Betul Padan Dengan Muka Dia
Categories: ,

5 ulasan:

  1. lawak antarabangsa pembuka tirai 2012, khusus untuk gelak seantero Malaysia, maaf, kumpulan ini semakin dibenci dan ditolak majoriti rakyat! kat pejabat dan rakan-rakan sekeliling dok sibuk mengutuk depa, kalah lagi populariti SBPA semasa ini...

    BalasPadam
  2. Mangkuk ayun tu bukan 'terlanggar' pintu kaca klinik Syifa, mangkuk ayun tu sebenarnya sengaja MELANGGAR pintu cermin klinik tu supaya dia luka dan berdarah.

    Jadi adalah modal puak2 pembangkang dan blogger2 pencacai2 upahan mrk membuat tuduhan dan fitnah - Polis atau FRU zalim tidak berperi-kemanusiaan, TAPI yg sebenarnya kaum2 dajjal ni lah yg masih hidup dlm zaman batu, apa yg dibuat semua mengikut humum rimba.

    BalasPadam
  3. menjahanamkann haata awam bole dibela ke? dakwaan keatas kerosakan harta klinik dan ketenteraman awam patut diambil

    BalasPadam
  4. mcm meluat je,dengan mahasiswa yang menuntut kebebasab akademik nie, da xde keja ker..nk bjr wat cara nk belajar.rusuhan bukannya cara terbaik untuk dapatkan sesuatu. dahla wat kecoh salhkan FRU plak...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping