Wakakaka!!! Terbaik lah!!! Disebabkan budak - budak sewel yang melanggar pintu klinik baru - baru, beberapa blogger Pro Pakatan bakal dikenakan tindakan.
Itulah akibatnya kalau percaya sangat dengan budak - budak yang kurang ilmu tu. Diorang yang langgar pintu, lepas tu nak tuduh orang yang bukan - bukan.
Dapat pulak dek puak - puak Blogger yang memang kerja diorang tukang sebar fitnah, lagi la macam haramnya.
Dia dah langgar pintu sebab takut kena tangkap, lagi dia nak ambik tindakan terhadap pihak Polis? Memang dasar tak sedar diri betul.
Buat rugi je duit mak bapak dia hantar dia belajar tinggi - tinggi. Tak sedar pulak yang anak diorang tu bodohnya bertingkat - tingkat. Dah la bodoh, Penakut pulak tu. Ada hati nak merusuh konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata polis juga mempunyai bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.
"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.
"Oleh itu, saya mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut terbukti palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan tanpa usul periksa tidak berulang.
Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, siasatan menunjukkan klinik yang dirempuh kumpulan penuntut dalam perhimpunan haram tersebut mengalami kerosakan dianggarkan mencecah RM10,000.
Polis sebelum ini menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, awal pagi semalam.
Kira-kira 70 penuntut beberapa universiti dilaporkan berhimpun secara haram di pekarangan UPSI atas alasan menuntut kebebasan akademik dengan menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat UMNO pada 17 Disember lalu, tidak dikenakan tindakan tatatertib oleh pentadbiran universiti berkenaan. - BERNAMA
Ps: Pernah tak budak - budak bangang tu tanya, siapa yang bertanggungjawab menguatkuasakan AUKU ni dulu dan kenapa ianya diwujudkan?
Kalau tak tau apa sebab ianya diadakan, baik dia balik belajar dulu. Tak payah nak mengada - ngada nak buat benda yang bukan - bukan!!!
Rugi 10k .. sape nak bayar tu? Mgkn pihak klinik boleh bawak kes ni ke atas utk tujuan tuntutan ganti rugi.... Sure ada cctv yg merakam kejadian sebenar... Jgn mintak ganti 10k jer... Mintak sekali kos kehilangan bisnes sebab klinik x dpt beroperasi seperti biasa... Mintak jer.. Mak bapak depa kan org kaya!! .. Saman mereka semua.....
BalasPadamSaman dan tuntut kerugian..
BalasPadamkebodohan pelajar ......pemikiran cetek inilah akibat suruh cari ilmu pi cari demo ...simpati sgt dgn kedunguan pelajar2 ini
BalasPadam