Halaman

Sabtu, Januari 21, 2012

SEJAK BILA LIWAT JADI ISU POLITIK???


Semua orang mengalu - alukan tindakan penuh dramatik Peguam Negara memfailkan rayuan buat kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Mohd Saiful hari ini.

Sebelum ni, ramai jugak orang yang ragu - ragu dengan AG ni. Termasuk la Semut sendiri. Sebab ini bukan kali pertama AG melengah - lengah sesuatu isu.

Hari tu, dia lansung tak ambik apa - apa tindakan terhadap 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur walaupun telah dikeluarkan perintah Mahkamah.

Tapi, apa - apa pun, Semut sambut baik tindakan yang telah dibuat oleh AG dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Berbalik kepada persoalan diatas. Sejak bila pulak perbuatan liwat ni dianggap sebagai satu isu Politik? Kenapa setiap benda yang dikaitkan dengan Si Ketua Penipu tu dianggap Politik?

Adakah itu yang telah dinyatakan didalam Hukum Islam bahawa perbuatan meliwat ini bukan sekadar isu moral tetapi ia bersangkut paut dengan Politik?

Menurut kata Si Sankara Nair, tindakan Peguam Negara memfailkan rayuan buat Mohd Saiful tu merupakan satu penganiayaan Politik buat Si Ketua Penipu.
“Bagaimanapun jika benar, maka itu adalah paling disesali dan kejam kerana hakim perbicaraan telah menyatakan dengan ringkas, dalam keputusannya yang bukti penting (perbicaraan) sudah “diusik “.


“Maka asas kes pendakwaan sudah termusnah, menyebabkan sebarang rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terakhir dan sia-sia.



“Nampaknya ia adalah satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar dan bukan tujuan pendakwaan,” tegas beliau. - Sumber UtaraNews
Oh! Kalau kena pada Si Ketua Penipu tu dikira satu penganiayaan ye. Habis yang Si Mohd Saiful sedap kena balun dek Si Ketua Penipu tu, tak kira satu penganiyaan pulak?

Ianya jelas bukan satu penganiayaan lagi dah sebenarnya. Itu digelarkan sebagai satu penghinaan yang melibatkan maruah serta kesucian agama Islam.

Si Ketua Penipu tu jelas telah mencemar kesucian agama Islam dengan tindakan dia nak menghalalkan liwat secara diam - diam.

Dia jelas telah melakukan perbuatan haramjadah tu terhadap Mohd Saiful sepertimana yang dinyatakan oleh Si Karpal Whilchar sebelum ini.

Si Karpal Whilchar tu kata perbuatan liwat terhadap Mohd Saiful memang berlaku tetapi atas dasar suka sama suka, bukan atas dasar paksaan.

Yang menghairankan ialah kenapa semua orang tak percaya cakap Si Karpal Whilchar tu? Kalau dah semua orang tak percaya cakap dia, menda jadahnya Si Ketua Penipu tu ambik dia jadi Peguam dia!!!

Tak kira la sama ada ianya berlaku atas dasar suka sama suka atau sebaliknya. Yang pastinya Si Ketua Penipu tu memang buat benda haram jadah tu!!! Dah benda tu haram, haram la jugak!!! Itu pun dia tak reti bahasa jugak ke!!!

2 ulasan:

  1. KALAU DEMIKIAN MAKNANYA SAHLAH IA BERLAKU. KALAU SEBENAR IA BERLAKU MAKA TUNGGULAH HUKUMAN DARI ALLAH. CUMA KITA TIDAK BOLEH MENENTUKAN BILA DAN BAGAIMANA. WALAU BAGAIMANA PUN APABILA SUDAH TIBA JANGANLAH KITA CUBA MEMBUTAKAN MATA MEMEKAKKAN TELINGA DALAM PALUT ASSOBIAH KITA PULA. ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI.

    BalasPadam
  2. Kita lihat siapa yang bersalah nanti.bebas sebab DNA bukan perangai pun

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.