Isnin, Februari 27, 2012


Tanpa perlu dipertikaikan lagi, Himpunan Hijau yang membantah pembinaan kilang memproses bahan nadir bumi di Gebeng dianggap satu KEGAGALAN.

Sejak dari awal lagi, gerakan Save Malaysia, Stop Lynas pimpinan Ahli Parlimen PKR Kuantan dianggap GAGAL kerana  beberapa sebab.

Diantaranya, mereka GAGAL meyakinkan rakyat bahawa kilang tersebut merupakan sebuah kilang reaktor Nuklear seperti yang pernah didakwa oleh Si Fuziah Thoron.

KEGAGALAN itu juga turut menGAGALkan usaha mereka untuk membangkitkan rasa panik dikalangan rakyat susulan bencana di Fukushima, Jepun.

Seterusnya, mereka juga GAGAL menepis jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli mengenai kilang tersebut.

Dr. Che Rosli menegaskan bahawa Ahli Parlimen PKR Kuantan itu jelas telah memutar belitkan fakta berkaitan dengan isu pembinaan kilang terbabit.

Mereka juga GAGAL menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai alat propaganda dan menyalahkan Tun kerana berubah pendirian.

Selain itu, SMSL juga turut GAGAL membuktikan bahawa MB Pahang berbohong dengan memberikan kebenaran untuk diadakan perhimpunan tersebut.

Malah perhimpunan tersebut dibenarkan dan diadakan tanpa sebarang provokasi serta halangan dari mana - mana pihak.

Puak - puak Fuziah Thoron tu juga turut GAGAL membuktikan bahawa kilang seumpama itu merbahaya kepada rakyat seperti mana yang mereka dakwa.

Mereka GAGAL menampilkan statistik kematian dan kecederaan yang menimpa rakyat Negara China yang turut membina kilang tersebut.

Tu belum cerita lagi mengenai KEGAGALAN mereka menyahut cabaran MB Pahang untuk mengumpulkan lebih dari 20 ribu peserta dalam Himpunan semalam.

Yang hadir hanya setakat 3000 sahaja. Itu pun ramai yang diimport dari luar kawasan. Bukannya orang tempatan.

Dan dalam Himpunan semalam pun, mereka tak banyak cerita pun pasal isu kilang Lynas ni. Si Mahasewel tu cerita pasal AUKU. Si Ambiga cerita pasal BERSHIT.

Si Ketua Penipu tu pulak lansung tak boleh pakai. Setakat cerita pasal Politik, menda kejadahnya!!! Nampak sangat la yang dia pun tak tahu apa isu sebenar yang dibangkitkan!!! Setakat tahu menipu je buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. macam mana nak memerintah, menipu sana sini, orang pun dah tahu tak guna punya PR menipu tak habis2,..

    BalasPadam
  2. aku rasa la perhimpunan semalam tu jauh lebih ramai dari perhimpunan 901, bebaskan anwar..

    tapi aku pelik, yg perhimpunan ni polis kata 3 ribu je, sedangkan masa perhimpunan bebaskan anwar 5 ribu...mcm mana tu ek?

    BalasPadam
  3. Masa perhimpunan 901 bebaskan anwar kapasiti paking keta tmpt demo tu cuma 4 ribu...tak penuh pun...cana boleh dakwa smpai 5 ribu ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping