Ahad, Februari 26, 2012


KUANTAN: Penganjur Himpunan Hijau 2.0 didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui bagi mengadakan himpunan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK4) di sini, Ahad kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Mohd Jasmani Yusoff.

Beliau berkata antara garis panduan yang telah dilanggar ialah beberapa kumpulan didapati berarak daripada tempat mereka berkumpul menuju ke padang MPK 4 bersama-sama pemimpin parti pembangkang, membawa kanak-kanak di bawah usia 15 tahun menyertai himpunan, memberi ucapan berbaur politik serta menjual dan mempamerkan pelekat serta sepanduk yang mengutuk kerajaan turut di bawa oleh peserta.

“Kami akan memanggil pihak penganjur dalam satu pertemuan bagi membincangkan mengenai syarat-syarat yang dilanggar.“

Dalam pertemuaan sebelum memberikan kelulusan untuk mengadakan himpunan, pihak penganjur telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pada masa akan datang kami akan mengkaji semula kelulusan untuk membenarkan himpunan seperti ini, agar masalah yang sama tidak akan berulang,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Mohd Jasmani berkata pihak polis berjaya mengawal keadaan daripada sebarang kejadian tidak diingini.

“Pihak polis juga memberi kerjasama sepenuhnya termasuk tidak mengadakan sekatan jalan dan malah memberikan penunjuk arah ke padang MPK 4 kepada orang luar yang datang ke perhimpunan itu,” katanya.

Beliau berkata kira-kira 300 anggota polis termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut diletakkan di kawasan perhimpunan bagi mengawal keadaan.

Ps: Apa nak heran kalau diorang langgar syarat pihak Polis tu. Sedangkan hukum Allah pun sanggup diorang langgar, inikan pulak hukum manusia. Tapi bagi la alasan yang bukan - bukan.

Dalam laporan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu kata jumlah kehadiran Himpunan Hijau tu hanya sekitar 15ribu orang sahaja yang hadir.

Sebelum ni diorang kata nak kumpul 20ribu. Jadi mana selebihnya? Kena tangkap khalwat jugak ke? Tak pun diorang pu kena kaunseling dengan Ustaz Badrol Amin semalam. Hehehe...

Laporan Polis hanya mengatakan jumlah kehadiran hanya sekitar 3000 je. Tak lebih dari itu. Kalau ada pun setakat lalat dan langau yang mencukupkan baki 12ribu.

Nampak sangat la yang agenda puak - puak Pakatan Pembangkang ni semakin tidak dapat diterima oleh rakyat di Kuantan. Yang hadir dipadang tadi pun semuanya orang luar yang diberi duit makan dan baju percuma. Kalau tak de, jangan harap la dapat kumpul sampai 3000!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. jgn percaya dasar penipu tu semua boleh super impose.....yg tak boleh super impose hok kena tangkap berkhalwat tu

    BalasPadam
  2. http://www.youtube.com/watch?v=pyI2iTWUdRM&feature=g-all-u&context=G258fc27FAAAAAAAAAAA

    BalasPadam
  3. Teringat saya akan kajian kemiskina di Beserah tahun 1960 yang dilakukan oleh Pak Ungku Aziz. Hari ini inilah dia manusia manusia entah turun dari mana yang ingin melihat penduduk Balok, Gebeng, Beserah terus miskin dan mundur. Mereka tidak pernah membela penduduk Beserah mereka hanya jaga perut sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping